Blogger Layouts

Pages

Followers

Wednesday, October 29, 2014

Pengaruh Keluarga


Assalamualaikum..
Hari ni,saya nak kongsi tentang emosi kanak-kanak dan pengaruh keluarga.
Setiap hari dan setiap masa kita bersama anak-anak.Setiap mereka punyai pelbagai keletah dan perangai tersendiri.Ada yang ceria,suka bersendiri,aktif atau pasif.Mereka akan sentiasa minta diperhatikan.

Antara petikan daripada nota Perkembangan Emosi Kanak-kanak Bab 7

Keluarga merupakan pengasuh yang paling penting dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak. Ini disebabkan keluarga boleh dianggap sebagai kumpulan sosial yang pertama melingkungi kanak-kanak. Kanak-kanak menghabiskan masa bersama keluarganya lebih daripada kumpulan sosial luar yang lain. Kuat atau lemahnya pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak dapat digambarkan seperti berikut:

 Jika kanak-kanak hidup dengan dikritik, dia akan belajar membenci.
 Jika kanak-kanak hidup dalam perseteruan, dia akan belajar berkelahi.
 Jika kanak-kanak hidup dalam ketakutan, dia belajar menjadi cemas atau bimbang.
 Jika kanak-kanak selalu diperli, dia belajar menjadi malu.
 Jika kanak-kanak hidup dalam suasana tolak ansur, dia belajar menjadi sabar.
 Jika kanak-kanak selalu diberi galakan, dia belajar yakin dengan dirinya.
 Jika kanak-kanak selalu dipuji, dia belajar untuk menghargai.
 Jika kanak-kanak merasa dirinya diterima, dia belajar berkasih sayang
 Jika kanak-kanak mendapat layanan sama rata, dia belajar menghargai keadilan.
 Jika kanak-kanak hidup dengan kejujuran, dia belajar menghargai kebenaran.
 Jika kanak-kanak hidup dengan berasa selamat, dia belajar mempercayai dirinya dan orang lain.
 Jika kanak-kanak dikenali dan dihargai, dia akan mempunyai tujuan hidup.

Pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak banyak bergantung kepada sifat-sifat kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang selalu gelisah dan selalu dalam keadaan tegang, misalnya cepat berasa kecewa apabila ahli keluarga memberi perhatian yang lebih kepada adiknya yang baru lahir dibandingkan dengan kanak-kanak yang bersifat tenang. Begitu juga dengan kanak-kanak yang sihat akan memberikan reaksi yang berlainan terhadap ibubapanya yang selalu melindungi dan memanjakannya dibandingkan dengan kanak-kanak yang lemah-lembut tetapi selalu sakit.

Boleh juga rujuk di laman sesawang ini...

Sekian untuk hari ini.





"sygana" "kongsi" cerita

No comments:

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)