Blogger Layouts

Pages

Followers

Tuesday, February 19, 2013

BELAJAR HUKUM MAD

Assalamualaikum...Salam hormat buat pengunjung blog yang saya kasihi.
Moga kalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera...

Hari ni teringin berkongsi sedikit ilmu tentang ilmu Tajwid iaitu hukum MAD..
Hukum MAD terbahagi kepada dua bahagian iaitu Mad Asli dan Mad Far'i..(مد اصلي دان مد فرعي)
 Mad Asli ialah huruf Mad yang tidak ada huruf hamzah( ء ) selepasnya dan tiada tanda sukun kerana wakaf.Mad Asli juga dinamakan Mad Thabi'i.Kadar bacaan Mad Asli ialah dua harkat.
Huruf Mad Asli ialah أ,و ,ي.

Mad Far'i ialah Mad yang dibaca lebih pada harkatnya berbanding Mad Asli kerana terdapat hamzah atau tanda sukun selepas huruf Mad.Mad Far'i terbahagi kepada tiga belas bahagian.

1. Mad Wajib Muttashil
2. Mad Jaiz Munfashil
3. Mad Lazim Kalimi Musaqqal
4. Mad Farqun ( ada juga disebut Mad Farqi )
5. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
6. Mad Lazim Harfi Musaqqal
7. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
8. Mad 'Arid Lissukun
9. Mad Badal
10. Mad 'Iwad
11. Mad Tamkin
12. Mad Lin ( atau disebut juga Mad Laiyin )
13. Mad Shilah ( Qashirah dan Tawilah )

Boleh juga lawati laman ini : http://senangbelajartajwid.wordpress.com/

Cukup untuk hari ni...belajar sedikit demi sedikit lama -lama jadi bukit..




"sygana" "kongsi" cerita

No comments:

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)