Blogger Layouts

Pages

Followers

Tuesday, February 19, 2013

ISTILAH PERASAAN

Salam penuh kasih sayang...

Untuk menyatakan rasa sayang memang mudah...Namun apakah yang dikatakan sayang itu benar-benar datang daripada hati?
Saya menyatakan salam penuh kasih sayang kerana saya sayang kepada rakan-rakan pembaca.Walaupun tulisan saya di sini tidaklah seperti blogger-blogger yang lain  yang sentiasa mempunyai idea dan masa untuk menulis.

Apa?
Alasan?
Oh..tidak.
Saya hanya menulis ketika saya mempunyai masa yang terluang sahaja.
Saya juga suka membaca blog-blog yang lain.Tak kiralah dari mana pun.Banyak info yang saya perolehi.
Sambil menimba ilmu.

Mari kita berkongsi ilmu tentang perasaan.....tiba-tiba terasa sayang...hehehe

 SAYANG...

Sayang ialah kasih,cinta,rindu,mahsyuk dan berahi.

(Menurut Kamus Bahasa Melayu: Pusat Rujukan Persuratan Melayu)



ISTILAH PERASAAN  


SUKA - Perasaan yang wujud dalam diri semua orang. Kita akan suka pada seseorang itu jika dia telah membuatkan kita gembira atau menyenangkan hati kita walaupun orang itu belum kita kenali sepenuhnya.



MINAT - Perasaan suka yang mendalam hingga timbulnya rasa minat pada seseorang dan sebolehnya cuba mengikuti setiap perkembangan dirinya dan ingin mendekatinya.



SAYANG - Perasaan minat pada tahap luarbiasa hingga wujudnya rasa sayang dan merasa terlalu kasih pada seseorang itu hingga sanggup melakukan apa saja untuknya dan sentiasa memberi perhatian yang lebih padanya.




CINTA - Perasaan sayang yang keterlaluan hingga lahirnya rasa cinta lalu meletakkan seseorang itu di tempat yang paling istimewa dalam hatinya dan sentiasa menganggap orang itu adalah yang pertama dan terakhir dhati....

Cukuplah untuk hari ini ye...:)
"sygana" "kongsi" cerita

BELAJAR HUKUM MAD

Assalamualaikum...Salam hormat buat pengunjung blog yang saya kasihi.
Moga kalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera...

Hari ni teringin berkongsi sedikit ilmu tentang ilmu Tajwid iaitu hukum MAD..
Hukum MAD terbahagi kepada dua bahagian iaitu Mad Asli dan Mad Far'i..(مد اصلي دان مد فرعي)
 Mad Asli ialah huruf Mad yang tidak ada huruf hamzah( ء ) selepasnya dan tiada tanda sukun kerana wakaf.Mad Asli juga dinamakan Mad Thabi'i.Kadar bacaan Mad Asli ialah dua harkat.
Huruf Mad Asli ialah أ,و ,ي.

Mad Far'i ialah Mad yang dibaca lebih pada harkatnya berbanding Mad Asli kerana terdapat hamzah atau tanda sukun selepas huruf Mad.Mad Far'i terbahagi kepada tiga belas bahagian.

1. Mad Wajib Muttashil
2. Mad Jaiz Munfashil
3. Mad Lazim Kalimi Musaqqal
4. Mad Farqun ( ada juga disebut Mad Farqi )
5. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
6. Mad Lazim Harfi Musaqqal
7. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
8. Mad 'Arid Lissukun
9. Mad Badal
10. Mad 'Iwad
11. Mad Tamkin
12. Mad Lin ( atau disebut juga Mad Laiyin )
13. Mad Shilah ( Qashirah dan Tawilah )

Boleh juga lawati laman ini : http://senangbelajartajwid.wordpress.com/

Cukup untuk hari ni...belajar sedikit demi sedikit lama -lama jadi bukit..




"sygana" "kongsi" cerita

Sunday, February 17, 2013

Assalamualaikum....salam hormat buat semua..:)
banyak senang hati....hehehe



Hari ni pergi ziarah Ayu di UTM ... 
Sepanjang perjalanan ke UTM hujan berterusan...dah musim hujan kan nak buat macam mana!!
Bawa dia keluar untuk pergi makan dan beli barang keperluannya di Giant...sampai-sampai je terus nak makan..

Ayu oder char kuey teow..
En. suami oder nasi ayam black pepper..
Huhhh..nak makan apa ni..akhirnya ambil dua keping tahu lembut,sedikit sayur kacang dan semangkuk tom yam...wah!!!
Alhamdulillah..selesai fasa pertama...
Pergi cari barang Ayu pula..jalan-jalan sambil membeli apa yang perlu..
tiba-tiba en. suami panggil.."mari sini...cepat timbang"
dengan terujanya pergi timbang...terkejut!!!..macam tak percaya!!!...dah turun enam kilogram...
Ya Allah..betul ke ni atau timbang tu rosak??
tapi yang pastinya timbang tu memang baru lagi...

Bukan apa,dua minggu lepas kami anak-beranak sibuk timbang berat badan masing-masing..
yang sedihnya berat badanku 70 kilogram...memang dah obes sangat..huuhuhu
Bila tengok,berat dahh turun ni...nampaknya perancanganku untuk turunkan berat badan berjaya..baru satu minggu dan tin Alpha Lipid SDII yang pertama...dan tadi beli untuk minggu kedua pula...
Perasaan???
mestilah suka..sebab sebelum ni dah guna macam-macam produk hatta yang mahal namun kurang berhasil..dengan diet yang ketat..sampai tak terikut...
Namun produk Alpha Lipid SDII ni kita boleh makan tak perlu berlapar hanya kurangkan kabohidrat je...cewahhh ..bukan nak promote tau...berdasarkan pengalaman je...hehee

tapi tak nak lah sampai kurus macam ni.....ohhh..tidak!!!
ngeri lah pulak...nampak semua tulang temulang..haissshhhh


sampai di sini dululah ye cerita saya kali ini..hanya nak kongsi kegembiraan je..:)





"sygana" "kongsi" cerita

APA NAK JADI....

Salam hormat..semoga kalian sentiasa ceria..
Sedang asyik menonton berita di TV3,sambil makan malam menemani suami....
Terkejut apabila mendengar kisah bayi yang dilambung dan dibaling sesuka hati oleh pembantu rumah.

Apa nak jadi manusia sekarang ni...tak dapat mengawal emosi..tiada perasaan kasihan kepada kanak-kanak yang tak tahu apa-apa..Ya Allah!!
Mungkin pembantu itu terlalu muda,atau tertekan perasaannya..haisshhh
haiwan pun sayangkan anak-anak...
bila tengok video yang dipaparkan...pembantu tu seolah-olah  bermain dengan anak patung..

Kasihan anak kecil itu..pasti trauma kan!!!
Hmmm..Wahai para ibu yang bekerja kalau nak cari pembantu biarlah yang betul-betul sukakan kanak-kanak..periksa dulu latar belakang mereka...tak silap saya,pembantu warga Indonesia tu...
tak kiralah siapa pun mereka kan...sakit hati betul tengok tadi...gerammmmm...
suami saya pun geram tengok ...







"sygana" "kongsi" cerita

Saturday, February 16, 2013

BUKAN KERANA NAMA

Assalamualaikum ..selamat pagi wahai rakan-rakan pembaca..(ada ke tak ekkk)huhuhu..
Positifkan minda di pagi hari agar kita sentiasa ceria,gembira dan sebagainya..
usah fikir benda-benda yang negatif atau baca sesuatu yang negatif...cewahhh

Aku menulis di ruangan ini bukan kerana nama ..hanya sekadar meluahkan rasa hati atau info-info yang boleh dikongsi bersama.Mudah-mudahan ilmu yang ada sedikit ni boleh mendatangkan pahala.
Aku juga bukanlah seorang penulis yang hebat dalam penulisan blog..(rendah diri jap)
Namun aku berasa puas dengan apa yang dapat ku sampaikan walaupun sedikit..
Lalu aku tertarik dengan kata-kata ini ,tatkala asyik membaca entry daripada blog yang ku baca..

“ketika Allah menguji kita dengan apa yang kita sering dakwahkan kepada orang lain, itu petanda Allah mengingatkan kita ketika kita mengingatkan orang lain.” Agar kita tidak memperkatakan apa yang tidak amalkan…

Ya...kita sentiasa diuji oleh Allah..tanpa kita sedari,kita sebenarnya seringkali melakukan kesilapan dalam percakapan,perbuatan atau penulisan juga.




Marilah kita perbanyakkan istigfar agar dosa kita diampunkan oleh Allah..

"sygana" "kongsi" cerita

Friday, February 15, 2013

NIKMATI DAN SYUKURILAH DENGAN PEMBERIANNYA

Salam penuh kasih sayang buat semua....




Hmmm...bila sakit gigi menyerang..semua anggota juga merasa kesakitannya.
Tika dan saat ini,terasa betapa nikmat seolah-olah ditarik ...bukan nak mengeluh ,cuma memikirkan betapa cuainya aku menjaga kurnianNya.Setiap ciptaan Allah ada fungsinya,saling berkaitan antara satu sama lain.

Saat-saat seperti inilah,biasanya kita ingat kepada Allah sang pencipta.Maka dipohonkan berbanyak doa disamping berusaha agar hilang rasa sakit.
Macam mana nak rasa nikmat bila gigi sakit?
Semua makanan yang lazat-lazat tak dapat nak dinikmati sepenuhnya..huuhu

Namun begitu,ada satu rahmat tanpa disedari,dapatlah aku terus berdiet...yezzz
Makan mana yang perlu sahaja..masih mengekalkan nutrisi...
Sabar dan terus bersabar menempuh dugaan ini...
Ya Allah ampunkan segala dosa-dosaku..

Cuba-cuba cari penyelesaian sendiri...tak mau pergi klinik gigi..
kalau gigi ni dicabut hilanglah nikmat menguyah....huuhuu

Maksudnya:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)
tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur."



Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata,
Nabi SAW bersabda,: "Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini." (sumber : http://jieare92.blogspot.com )

Alhamdulillah... salah satu alternatif untuk mengurangkan sakit gigi yang dialami..
Apa pun semuanya dengan izin Allah s.w.t jua....






aduhhhh!!!sakitnyaaaaaaaa


"sygana" "kongsi" cerita

Mari Berselawat

Assalamualaikum...selamat pagi..
Mendung masih menyelubungi pagi Jumaat ini..
Apa pun Alhamdulillah kita masih diberi nafas untuk menghirup udara segar.
Marilah kita sama-sama perbanyakkan selawat ke atas Rasullullah ...

 Segala puji bagi ALLAH SWT. Selawat dan Salam ke atas Rasullullah SAW, beserta keluarga dan para sahabat
Antara Sunnah hari Jumaat..perbanyakkan Selawat..
Allahumma salli `ala Sayyidina Muhammad wa`ala ali Sayyidina Muhammad. ♥




"sygana" "kongsi" cerita

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58


      Mari kita hayati dan amalkan...



Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58...
Surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"
Diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
 
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku .
 
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai Islam.
 
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini.

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMIN.



"sygana" "kongsi" cerita

Thursday, February 14, 2013

SELAMAT ULANG TAHUN


Hmmmmm...15 Februari bakal menyusul.
Cepatnya masa berlalu dan umur pun makin bertambah.
Selamat ulang tahun untuk diriku sendiri.Moga sentiasa sihat,bahagia di sisi keluarga tercinta,bertambah imanku,
dimurah rezekiku dan sentiasa dirahmati olehMu ya Allah..

Tiada daya dan tiada upaya melainkan Kau Ya Allah
Ku panjatkan doa memohon kepadaMU Ya Illahi..
Rahmatilah kami sekeluarga,ibu bapa kami,
saudara-saudara kami,sahabat-sahabat kami dan orang-orang yang kami kasihi.

Tatkala umurku mengenjak ke 40 tahun,aku dikurniakan seorang cucu..nak masuk 41 tahun pula, bertambah seorang lagi.. insyaallah..
Syukur kepadaMu Ya Allah..

Alhamdulillah



"sygana" "kongsi" cerita

AKIBAT LAMA TAK JENGAH BLOG KESAYANGAN

Hujan turun lagi...sejuk sungguh malam ni..
Bukan  nak cerita tentang hujan, hanya menyatakan situasi malam ni...hehe

Bila dah lama tak menjengah blog ,nilah jadinya...
Nak buang yang tak dikehendaki pun dah tak jumpa..(bab edit mengedit r nih)
Biarpun tak ramai follower,mungkin masih ada pembaca senyap yang saya tak ketahui..
Apa pun saya akan cuba menulis sekerap mungkin..Insyaallah
"sygana" "kongsi" cerita

Sunday, February 10, 2013

PROGRAM DIET BERMULA

Assalamualaikum...
Pagi yang indah namun mendung menyelubungi..

Hari ni program dietku bermula..
Empat tahun yang lalu,berat badan ok je..
Bila pindah sini dan sukan ditinggalkan berat badan meningkat mendadak..
Macam-macam produk dah cuba...
Naik naik cukup cepat tapi nak turun Ya Allah.terasa lambatnya..

Apa pun aku akan terus mencuba untuk dapatkan berat badan yang ideal..
Berusaha dan terus berusaha..yang paling penting ialah jaga kesihatan...





"sygana" "kongsi" cerita

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)