Blogger Layouts

Pages

Followers

Sunday, September 16, 2012

DOA...





Salam ceria dan selamat pagi...eemmm dah pukul 1.20 pagi
Mata sudah memberi isyarat agar direhatkan.
Malangnya fikiran masih melayang-layang teringatkan sesuatu..




Setiap manusia punya impian dan kehendak..namun tidak semuanya dimakbulkan sang Pencipta.
Maka sentiasalah berdoa..jangan putus asa dalam mengharapkan impian tercapai..Allah suka kepada hambaNya yang berdoa..Mintalah apa sahaja Insyaallah pasti dikabulkan.Cepat atau lambat itu adalah kemahuanNya.




Jom kita lihat pengertian DOA....

Doa  bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:

 
Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)

b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:

  
...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:

  
...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:
 
Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:
 
Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:
 
Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)
http://doaharian.blogspot.com/  )

Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak disukai 



Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya.

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah. Kedua-duanya baik. Bersungguhlah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu. Minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah.

Apabila kamu ditimpa sesuatu kesusahan, jangan berkata: 'Seandainya aku berbuat begini..dan begitu..' tapi berkatalah: 'Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya'. Sesungguhnya perkataan 'Kalau/seandainya' akan membuka pintu bagi gangguan syaitan".

Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang berdoa....
Jangan malas ye..:)

Setakat ini dahulu perkongsian ilmu..yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri.Wassalam..






"sygana" "kongsi" cerita

No comments:

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)