Blogger Layouts

Pages

Followers

Saturday, April 7, 2012



Istighfar  memurahkan rezeki. 
 Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. 
 Sedekah juga termasuk: 
1. Tuturkata/percakapan yang baik.2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah. 
 

Juga terutamanya kepada ahli keluarga.
 
Rasulullah SAW pernah bersabda, 
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :  
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." 
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. 
Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang. 



"sygana" "kongsi" cerita



Assalamualaikum...


Lama saya tidak menjenguk dan menulis di blog ini.
Bukan lupa ,cuma agak sibuk kebelakangan ini.
Marilah kita kongsi dan fahami coretan ini..


Allah Adalah Segalanya

Bila engkau letih dan hilang semangat dalam kemanisan amal Allah tahu betapa engkau telah mencuba sedaya-upayamu...
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan Allah mengira setiap titisan air matamu...
Bila engkau merasakan hidupmu ketinggalan Dan masa telah meninggalkanmu Allah masih setia disisimu....
Bila engkau memikirkan betapa Engkau telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu kemana arah tujuanmu Allah ada jalan penyelesaiannya....
Bila tiada sesuatu yang memberi pengertian buatmu dan kau keliru atau kecewa, maka Allah adalah jawapannya.....
Andai tiba-tiba pandangan semakin terang dan kau menemui sinar harapan, itulah untukmu bisikan Allah....
Bila segalanya berlangsung dengan baik dan engkau meletakkan setinggi kesyukuran kehadratnya Allah telah memberkati ke atasmu....
Bila engkau gembira dan dirimu sarat dengan ketaqwaan kepadaNya  memberikan engkau senyumanNya...
Bila engkau mempunyai tujuan untuk engkau laksanakan dan impian untuk kau tunaikan Allah akan membuka matamu dan memanggil namamu.. 
Ingatlah .....walau dimana jua engkau berada Dan apa jua yang kau lakukan
Allah sentiasa ada bersamamu.




"sygana" "kongsi" cerita

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)