Blogger Layouts

Pages

Followers

Friday, December 16, 2011

Pesanan...

Salam terindah,salam ceria di pagi hari ini...
Agak lama saya tidak menulis di ruangan kesayangan saya ni..
Hari ni saya nak berkongsi sesuatu yang boleh kita amalkan
 atau ambil pengajaran daripadanya..insyallah

* Orang yang tidur mesti dikejutkan,
   orang yang lupa mesti diperingatkan,
   sesiapa yang tidak pernah mandapat nasihat
   dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati...
   Peringatan itu begitu bermanfaat
   buat sesiapa yang menerima dam mempunyai ciri-ciri
   dan tidak diberi peringatan melainkan
   sesiapa yang segera bertaubat...
( Imam Abdullah bin Alwi al-Hadad al-Husni )


* Buku adalah teman bicara yang tidak mendahuluimu,
   Teman bicara yang tidak memanggilmu ketika kamu bekarja,
   Teman bicara yang tidak memaksamu berdandan ketika menghadapinya,
   Teman hidup yang tidak menyanjungmu,
   kawan yang tidak membosankan,
   Penasihat yang tidak mencari kesalahan..
( Ahmad bin Ismail )

* Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau
   ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja..
   sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai
   maka dia memutuskan kemanisan persahabatan....
   Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian
   dalam melakukan kebaikan,memenuhi janji dalam perkara yang benar
   memberi pertolongan kepadamu serta memadai dengan amanahnya atau bertanggungjawab terhadapmu....
( Imam Umar bin Abdul Aziz )

* Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat
   kepada rakannya dalan keadaan sembunyi
   maka sesungguhnya dia telah menasihati
   dan memperelokannya...
   Sesiapa yang yang menasihati secara terang
   maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya..
   dan bila tidak berguna nasihat secara sembunyi,
   maka minta tolonglah orang-orang yang baik
   untuk mencegahnya dari perbuatan maksiat.
   Maka jika tidak dikerjakan yang demikian,
   pasti perbuatan maksiat itu bernaharajalela
   sehingga menghancurkan semua...
( Abu Dardaa' r.a )

Cukuplah untuk hari ini...
Jumpa lagi..



 



"sygana" "kongsi" cerita

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)