Blogger Layouts

Pages

Followers

Monday, October 24, 2011

Topik Kesihatan..

Waktu-waktu begini mata belum menunjukkan mahu dipejam.Adalah lebih baik saya menulis apa yang patut.
Membaca satu berita dalam sebuag akhbar siang tadi tentang "Multivitamin pendekkan umur".


Menurut sumber yang diperolehi,ramai orang mengambil multivitamin setiap hari dengan harapan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

 Tetapi kajian yang dijalankan seperti yang disiarkan dalam jurnal kesihatan Archives of Internal Medicine telah menunjukkan keputusan yang mengejutkan.
Kajian yang diketuai oleh Dr.Jaako Mursu menjelaskan bahawa pengambilan miltivitamin boleh memendekkan umur.

Kajian itu telah dilakukan ke atas 22,000 wanita di Amerika Syarikat dan dibandingkan dengan indeks kematian di negara itu.Pengkaji mendapati beberapa nutrien boleh memendekkan umur termasuklah vitamin B6,folat,zat besi,magnesium dan zink.
Mengambil suplemen dan mineral nampaknya boleh membahayakan.Begitulah yang diucapkan oleh Dr.Jaako Mursu.

Berita ini memang mengejutkan.Maklumlah kita biasanya akan memberi multivitamin terutama kepada anak-anak agar mereka sihat dan aktif serta cerdas.

Menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas....

Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses proteinkarbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.
Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.


Jenis-jenis dan fungsi vitamin

Jenis vitaminFungsi
Larut dalam lemak :
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin DPertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin ESangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin KBagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.
Pengambilan yang berlebihan akan memudaratkan tubuh badan.Oleh itu,kita hendaklah meminta nasihat doktor terlebih dahulu.Apa pun yang kita makan hendaklah bersederhana.Amalkan diet seimbang insyallah tiada memudaratkan kita.


<http://rohana37.blogspot.com//2011/05/pertandingan-anugerah-blog-paling.html">Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular
" height="250" width="250" />

"sygana" "kongsi" cerita

No comments:

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)