Blogger Layouts

Pages

Followers

Saturday, October 8, 2011

Selesai sudah teka teki...

Alhamdulillah...malam ni ada peluang untuk menulis lagi.
Bajet 2012 telah pun diumumkan.Berbagai reaksi rakyat dapat dilihat.
Rata-ratanya berpuas hati dengan belanjawan kali ini.
Semua peringkat umur dapat manfaatnya.Insyallah.

Ianya nampak begitu telus untuk meningkatkan taraf hidup rakyat,pendidikan dan keseluruhannya.

“DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA"


Begitulah temanya dan ia mempunyai lima fokus utama.Sebagai rakyat yang akan menerima sedikit sebanyak habuan,saya sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Tun Razak.
(merasa la juga...heheh)


Apa pun yang bakal kita semua nikmati,jangan lupa diri dan sentiasalah meningkatkan kualiti kerja.Tinggalkan ciri-ciri negatif yang ada pada kita.Kepada pelajar-pelajar pula,gunakanlah kemudahan yang diberi dengan baik dan jangan mensia-siakan peluang yang ada.Jadilah pelajar yang cemerlang serta beriman kerana kamu semua yang akan menggantikan pemimpin hari ini.Kamu semua adalah aset negara yang sangat berharga.




Emo la pula...


Semoga negara kita terus aman makmur,sejahtera serta berjaya dalam apa jua bidang dan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi akan tercapai.Insyallah.







"sygana" "kongsi" cerita

No comments:

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)