Blogger Layouts

Pages

Followers

Tuesday, February 19, 2013

ISTILAH PERASAAN

Salam penuh kasih sayang...

Untuk menyatakan rasa sayang memang mudah...Namun apakah yang dikatakan sayang itu benar-benar datang daripada hati?
Saya menyatakan salam penuh kasih sayang kerana saya sayang kepada rakan-rakan pembaca.Walaupun tulisan saya di sini tidaklah seperti blogger-blogger yang lain  yang sentiasa mempunyai idea dan masa untuk menulis.

Apa?
Alasan?
Oh..tidak.
Saya hanya menulis ketika saya mempunyai masa yang terluang sahaja.
Saya juga suka membaca blog-blog yang lain.Tak kiralah dari mana pun.Banyak info yang saya perolehi.
Sambil menimba ilmu.

Mari kita berkongsi ilmu tentang perasaan.....tiba-tiba terasa sayang...hehehe

 SAYANG...

Sayang ialah kasih,cinta,rindu,mahsyuk dan berahi.

(Menurut Kamus Bahasa Melayu: Pusat Rujukan Persuratan Melayu)



ISTILAH PERASAAN  


SUKA - Perasaan yang wujud dalam diri semua orang. Kita akan suka pada seseorang itu jika dia telah membuatkan kita gembira atau menyenangkan hati kita walaupun orang itu belum kita kenali sepenuhnya.



MINAT - Perasaan suka yang mendalam hingga timbulnya rasa minat pada seseorang dan sebolehnya cuba mengikuti setiap perkembangan dirinya dan ingin mendekatinya.



SAYANG - Perasaan minat pada tahap luarbiasa hingga wujudnya rasa sayang dan merasa terlalu kasih pada seseorang itu hingga sanggup melakukan apa saja untuknya dan sentiasa memberi perhatian yang lebih padanya.




CINTA - Perasaan sayang yang keterlaluan hingga lahirnya rasa cinta lalu meletakkan seseorang itu di tempat yang paling istimewa dalam hatinya dan sentiasa menganggap orang itu adalah yang pertama dan terakhir dhati....

Cukuplah untuk hari ini ye...:)
"sygana" "kongsi" cerita

No comments:

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)