Blogger Layouts

Pages

Followers

Monday, October 10, 2011

Kerana anak, ibu jadi mangsa...macam-macam

Salam di malam yang sepi...

Hari ni baca Akhbar Kosmo,berita mengenai pergaduhan antara anak tetapi ibu pula yang kena belasah.
Nampaknya akhlak dikalangan anak-anak zaman ini sudah semakin teruk.
Rasa hormat kepada orang tua seakan sudah terhakis.Dendam kesumat bermaharajalela.Lupa pada adat budaya orang Melayu dan sebagai seorang Islam.

Namun, kita harus menilai sebab musabab mereka bersikap demikian.Bukanlah saya nak menyokong perbuatan itu,mungkin ada sesuatu disebalik semua kejadian tersebut.Sebagai orang dewasa pula, kita seharusnya bertanya dengan cara yang berhemah dan bukannya bertanya dengan emosi.
Apa pun,itu hanya pendapat saya sahaja.

Hanya kembali kepada ajaran agama sahaja yang boleh membersihkan jiwa kita.Cubalah contohi akhlak Rasulullah s.a.w.Baginda telah menunjukkan akhlak yang paling sempurna kepada kita semua.
Di sekolah juga ,guru-guru telah menekankan akhlak yang baik untuk diamalkan.

Sifat marah adalah salah satu punca tercetusnya kejadian seperti ini.
Terdapat cara untuk mengawal perasaan marah ini sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w...


  1. Mengucapkan Ta'awudz –" Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk". Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
  2. Diam atau tidak berbicara.
  3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
  4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah.                                                                                           
Marilah sama-sama kita hayatinya dan amalkan agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.Belajarlah untuk mengawal perasaan.

Setakat inilah sahaja untuk hari ini.....



"sygana" "kongsi" cerita

1 comment:

Niena Pengembara Ilahi said...

moga kta dikurniakan ank yg soleh/solehah kelak

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)