Blogger Layouts

Pages

Followers

Sunday, October 23, 2011

Kelebihan Surah Ad-dukhan dan Surah Al-Mulk


Salam ceria buat semua dan selamat berhujung minggu..

Hari ini ,saya nak kongsi ilmu tentang fadhilat Surah Ad-Dukhan dan Surah Al-Mulk

Daripada Abu Hurairah r.a.,berkata : Nabi s.a.w.,telah bersabda : " Sesiapa membaca surah " Haamim ad-Dukhan" pada waktu malam,maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya."

Daripada Abu Hurairah r.a.,berkata : Nabi s.a.w.,telah bersabda : " Sesiapa membaca Haamim ad-Dukhan pada waktu malam Jumaat,maka diberi keampunan baginya."

Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a.. sesungguhnya rasulullah s.a.w.,bersabda : "Sesungguhnya aku simpan sesuatu,maka apa dia?
Maka Nabi s.a.w.,simpan baginya surah ad-Dukhan dan bersabda lagi : " Pergilah.Masya Allah,kemudian dia pergi."


" Sesungguhnya di dalam Al- Quran ada tiga puluh ayat yang memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu Surah Al-Mulk "( Tabaarakal-lazi)".

Surah Al-Mulk datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati.
Surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membacanya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaganya dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membacanya.

Maka surah Al-Mulk itu bersama si mati didalam kubur.
Anas r.a berkata: " Apabila Nabi s.a.w.,khabarkan hadith ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun yang besar,hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w.,memanggil surah ini sebagai Al-Munjiah yang bermaksud " Yang menyelamatkan ".

Begitulah antara kisah, dua surah yang memang telah  disarankan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita umatnya agar membaca kedua-dua surah itu.
Moga kita dapat mengamalkannya insyallah.



Sama-samalah kita membacanya..



"sygana" "kongsi" cerita

No comments:

Tinggalkan jejak anda ye..:)

SILA KLIK YE...