Blogger Layouts

Pages

Followers

Friday, October 28, 2011

FADHILAT SURAH AL-KAHFI

Assalamualaikum...

Tersentuh rasa hati tatkala mendengar bacaan Al-Quran( Surah Al-Kahfi)
 bacaan  Mishary Rashid Alafasy.
Banyak fadhilat Surah Al-Kahfi yang saya perolehi daripada buku "Surah-Surah  Amalan Harian."
Antara fadhilat Surah Al-Kahfi:
* Ahmad berkata: " Saya dengar Al-baraa'u Ibnu Aazib berkata: " Seorang lelaki telah membaca surah Al-kahfi,dan dalam rumahnya ada seekor binatang (kuda),maka diberitahunya kepada Nabi s.a.w."
Baginda bersabda: " Adakah Si Fulan membaca Al-Quran? Sesungguhnya itulah ketenangan yang turun ketika Al-Quran dibaca atau keterangan yang turun untuk Al-Quran."

* Imam Ahmad berkata: " Daripada Abi Darda' daripada Nabi s.a.w,baginda telah bersabda:
" Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."

* Daripada Al-Tarmizi,
sesiapa menghafaz tiga ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi.
Imam Ahmad berkata:" Daripada Abi Al-Darda'i,Nabi s.a.w,bersabda:
 " Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindarlah daipada fitnah Al-Dajjal."

* Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhani daripada bapanya daripada Nabi s.a.w.,bersabda:
" Sesiapa membaca awal daripada surah Al-Kahfi,maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."

 * Daripada Mandzur Ibnu Zaid,Ibnu Khalid Al-Juhani daripada Ibnu Al-Hussein daripada bapanya daripada Ali Marfu'an:
" Sesiapa membaca Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia akan dihindarkan daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al-Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."

Begitulah antara fadhilat yang terdapat daripada buku tersebut.Semoga kita dapat mengamalkannya.
                                                   ( mari baca bersama-sama)


<http://rohana37.blogspot.com//2011/05/pertandingan-anugerah-blog-paling.html">Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular
" height="250" width="250" />



"sygana" "kongsi" cerita

No comments:

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)