Blogger Layouts

Pages

Followers

Monday, October 24, 2011

Emosi...


Salam di pagi Isnin yang indah.
Mulakan tugas dengan penuh semangat.

Pagi ni ,saya membaca berita seorang bapa yang mahu merobohkan rumah anaknya.Walaupun cerita ni sudah agak lama dan beliau juga telah dikenakan denda yang setimpal namun ada sesuatu yang berlegar-legar dalam fikiran saya.
Mengapakah perkara seperti ini boleh terjadi ye?

Bila kita tidak dapat mengawal emosi, pelbagai perkara yang tidak sepatutnya berlaku boleh menjadikan kita seorang yang bertindak di luar batasan.Pada hakikatnya,mana mungkin seseorang bapa sanggup melakukan sedemikian terhadap anaknya.Masalah dalaman yang tidak dapat diselesaikan dengan baik mungkin menjadi punca perbalahan diantara anak dengan bapanya.

Oleh itu,sebagai manusia biasa kita hendaklah mengawal emosi walau dalam keadaan yang teramat marah sekali pun.Sentiasalah berfikiran positif,bertenang,elakkan daripada bercakap dengan nada yang tinggi dan tingkatkan kesabaran.

Cuba...
Tutup mata,kosongkan fikiran dan tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan.
Jika masih gagal,ambillah wuduk dan tunaikan solat sunat.
Belajarlah untuk memaafkan orang lain.



<http://rohana37.blogspot.com//2011/05/pertandingan-anugerah-blog-paling.html">Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular
" height="250" width="250" />




"sygana" "kongsi" cerita

No comments:

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)