Blogger Layouts

Pages

Followers

Monday, October 3, 2011

Ada-ada saje...(GERAM)


Salam ceria buat semua...

Hari ni, saya terpanggil untuk menulis.Selepas menonton berita di saluran TV 1 tadi.
"Seorang ibu tergamak membunuh anak sendiri"
Ya Allah...apa nak jadi dengan dunia hari ini?
Nak kata  ibu bapa tak hantar sekolah,melampau pula....
yang pastinya mereka pernah bersekolah, belajar tentang adab dan akhlak serta nilai-nilai murni dalam diri.
Guru pula sentiasa menyelitkan nilai-nilai murni dalam diri anak murid.

Apakah masalah sebenar mereka ini ye?
Tidak dapat mengawal emosi sendiri.
Tidakkah mereka tahu bahawa hanya Allah sahaja yang berhak ke atas hambanya?
Walaupun kita wajib percaya kepada qada' dan qadar,tak semestinya kita biarkan mereka terus bersikap sedemikian.
Mungkin kerana rasa malu kepada ibu bapa,kawan-kawan dan masyarakat sekeliling menjadikan mereka begitu kejam terhadap bayi mereka sendiri.
Mengapakah tidak mereka fikirkan akibat daripada perbuatan mereka itu terlebih dahulu?
huhhhhhh...........

Apa pun kembalilah ke jalan yang benar.
Kembali kepada agama yang akan memandu ke jalan yang lurus.
Ingatlah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah!Kepadamu kami menyerah dan kepadamu kami mohon pertolongan.
Ampunkanlah dosa-dosa kami dan juga mereka.
Jauhkanlah kami daripada terus melakukan maksiat.
Kuatkanlah iman kami YA ALLAH....



"sygana" "kongsi" cerita

No comments:

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)