Blogger Layouts

Pages

Followers

Friday, October 28, 2011

FADHILAT SURAH AL-KAHFI

Assalamualaikum...

Tersentuh rasa hati tatkala mendengar bacaan Al-Quran( Surah Al-Kahfi)
 bacaan  Mishary Rashid Alafasy.
Banyak fadhilat Surah Al-Kahfi yang saya perolehi daripada buku "Surah-Surah  Amalan Harian."
Antara fadhilat Surah Al-Kahfi:
* Ahmad berkata: " Saya dengar Al-baraa'u Ibnu Aazib berkata: " Seorang lelaki telah membaca surah Al-kahfi,dan dalam rumahnya ada seekor binatang (kuda),maka diberitahunya kepada Nabi s.a.w."
Baginda bersabda: " Adakah Si Fulan membaca Al-Quran? Sesungguhnya itulah ketenangan yang turun ketika Al-Quran dibaca atau keterangan yang turun untuk Al-Quran."

* Imam Ahmad berkata: " Daripada Abi Darda' daripada Nabi s.a.w,baginda telah bersabda:
" Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."

* Daripada Al-Tarmizi,
sesiapa menghafaz tiga ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi.
Imam Ahmad berkata:" Daripada Abi Al-Darda'i,Nabi s.a.w,bersabda:
 " Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindarlah daipada fitnah Al-Dajjal."

* Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhani daripada bapanya daripada Nabi s.a.w.,bersabda:
" Sesiapa membaca awal daripada surah Al-Kahfi,maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."

 * Daripada Mandzur Ibnu Zaid,Ibnu Khalid Al-Juhani daripada Ibnu Al-Hussein daripada bapanya daripada Ali Marfu'an:
" Sesiapa membaca Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia akan dihindarkan daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al-Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."

Begitulah antara fadhilat yang terdapat daripada buku tersebut.Semoga kita dapat mengamalkannya.
                                                   ( mari baca bersama-sama)


<http://rohana37.blogspot.com//2011/05/pertandingan-anugerah-blog-paling.html">Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular
" height="250" width="250" />



"sygana" "kongsi" cerita

Monday, October 24, 2011

Emosi...


Salam di pagi Isnin yang indah.
Mulakan tugas dengan penuh semangat.

Pagi ni ,saya membaca berita seorang bapa yang mahu merobohkan rumah anaknya.Walaupun cerita ni sudah agak lama dan beliau juga telah dikenakan denda yang setimpal namun ada sesuatu yang berlegar-legar dalam fikiran saya.
Mengapakah perkara seperti ini boleh terjadi ye?

Bila kita tidak dapat mengawal emosi, pelbagai perkara yang tidak sepatutnya berlaku boleh menjadikan kita seorang yang bertindak di luar batasan.Pada hakikatnya,mana mungkin seseorang bapa sanggup melakukan sedemikian terhadap anaknya.Masalah dalaman yang tidak dapat diselesaikan dengan baik mungkin menjadi punca perbalahan diantara anak dengan bapanya.

Oleh itu,sebagai manusia biasa kita hendaklah mengawal emosi walau dalam keadaan yang teramat marah sekali pun.Sentiasalah berfikiran positif,bertenang,elakkan daripada bercakap dengan nada yang tinggi dan tingkatkan kesabaran.

Cuba...
Tutup mata,kosongkan fikiran dan tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan.
Jika masih gagal,ambillah wuduk dan tunaikan solat sunat.
Belajarlah untuk memaafkan orang lain.



<http://rohana37.blogspot.com//2011/05/pertandingan-anugerah-blog-paling.html">Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular
" height="250" width="250" />




"sygana" "kongsi" cerita

Topik Kesihatan..

Waktu-waktu begini mata belum menunjukkan mahu dipejam.Adalah lebih baik saya menulis apa yang patut.
Membaca satu berita dalam sebuag akhbar siang tadi tentang "Multivitamin pendekkan umur".


Menurut sumber yang diperolehi,ramai orang mengambil multivitamin setiap hari dengan harapan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

 Tetapi kajian yang dijalankan seperti yang disiarkan dalam jurnal kesihatan Archives of Internal Medicine telah menunjukkan keputusan yang mengejutkan.
Kajian yang diketuai oleh Dr.Jaako Mursu menjelaskan bahawa pengambilan miltivitamin boleh memendekkan umur.

Kajian itu telah dilakukan ke atas 22,000 wanita di Amerika Syarikat dan dibandingkan dengan indeks kematian di negara itu.Pengkaji mendapati beberapa nutrien boleh memendekkan umur termasuklah vitamin B6,folat,zat besi,magnesium dan zink.
Mengambil suplemen dan mineral nampaknya boleh membahayakan.Begitulah yang diucapkan oleh Dr.Jaako Mursu.

Berita ini memang mengejutkan.Maklumlah kita biasanya akan memberi multivitamin terutama kepada anak-anak agar mereka sihat dan aktif serta cerdas.

Menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas....

Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses proteinkarbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.
Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.


Jenis-jenis dan fungsi vitamin

Jenis vitaminFungsi
Larut dalam lemak :
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin DPertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin ESangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin KBagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.
Pengambilan yang berlebihan akan memudaratkan tubuh badan.Oleh itu,kita hendaklah meminta nasihat doktor terlebih dahulu.Apa pun yang kita makan hendaklah bersederhana.Amalkan diet seimbang insyallah tiada memudaratkan kita.


<http://rohana37.blogspot.com//2011/05/pertandingan-anugerah-blog-paling.html">Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular
" height="250" width="250" />

"sygana" "kongsi" cerita

Sunday, October 23, 2011

Mohon dimurahkan rezeki...





Mencari rezeki...

يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلً
ا
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآَنَ تَرْتِيلًا إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.” (QS AlMuzzammil ayat 1-5)

Contoh lainnya bila seseorang meningkatkan ketaqwaan kepada Allah ta’aala maka di antara fadhilah yang akan ia peroleh adalah penambahan ilmu dari Allah ta’aala, jalan keluar kesulitan hidupnya serta rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ

”Dan bertakwalah kepada Allah; Allah (akan) mengajarmu.” (QS AlBaqarah ayat 282)

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

”Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS Ath-Thalaq ayat 2-3)



Sabda Rasulullah s.a.w.: " Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi'ah setiap malam maka dia tidak akan ditimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya.dan surah Al-Waqi'ah adalah surah kekayaan,maka bacalah ia ajarkan kepada anak-anakmu semua."

Antara khasiat yang terkandung dalam surah Al-Waqi'ah ialah :

- Orang yang membiasakan membaca surah ini pada setiap malam sebanyak satu kali,maka dia dijauhkan dari kemiskinan.

_ Apabila dibaca sebanyak 14 kali setiap selesai solat fardhu Asar,maka orang yang membacanya akan memperolehi kekayaan yang berlimpah- ruah.

- Jika dibaca sebanyak 41 kali pula dalam satu majlis,insyaallah akan ditunaikan hajatnya yang berkaitan dengan rezeki.

- Jika dibaca disebelah jenazah atau prang yang sedang nazak pula,insyaalah akan dipermudahkan roh keluar daripada jasadnya.Jika dibaca disisi orang yang sakit,akan diringankan kesakitannya.Jika ditulis,kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin,insyallah akan dipermudahkan proses bersalin dan boleh juga dijadikan selusuh.

Apa pun semuanya perlu dilakukan dengan istiqomah dan berterusan serta yakin.
Wallahualam.

<http://rohana37.blogspot.com//2011/05/pertandingan-anugerah-blog-paling.html">Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular
" height="250" width="250" />

"sygana" "kongsi" cerita

Kelebihan Surah Ad-dukhan dan Surah Al-Mulk


Salam ceria buat semua dan selamat berhujung minggu..

Hari ini ,saya nak kongsi ilmu tentang fadhilat Surah Ad-Dukhan dan Surah Al-Mulk

Daripada Abu Hurairah r.a.,berkata : Nabi s.a.w.,telah bersabda : " Sesiapa membaca surah " Haamim ad-Dukhan" pada waktu malam,maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya."

Daripada Abu Hurairah r.a.,berkata : Nabi s.a.w.,telah bersabda : " Sesiapa membaca Haamim ad-Dukhan pada waktu malam Jumaat,maka diberi keampunan baginya."

Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a.. sesungguhnya rasulullah s.a.w.,bersabda : "Sesungguhnya aku simpan sesuatu,maka apa dia?
Maka Nabi s.a.w.,simpan baginya surah ad-Dukhan dan bersabda lagi : " Pergilah.Masya Allah,kemudian dia pergi."


" Sesungguhnya di dalam Al- Quran ada tiga puluh ayat yang memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu Surah Al-Mulk "( Tabaarakal-lazi)".

Surah Al-Mulk datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati.
Surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membacanya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaganya dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membacanya.

Maka surah Al-Mulk itu bersama si mati didalam kubur.
Anas r.a berkata: " Apabila Nabi s.a.w.,khabarkan hadith ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun yang besar,hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w.,memanggil surah ini sebagai Al-Munjiah yang bermaksud " Yang menyelamatkan ".

Begitulah antara kisah, dua surah yang memang telah  disarankan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita umatnya agar membaca kedua-dua surah itu.
Moga kita dapat mengamalkannya insyallah.



Sama-samalah kita membacanya..



"sygana" "kongsi" cerita

Thursday, October 20, 2011

Hujan oh hujan...

Di malam yang dingin ini ,inginku luahkan perasaan yang tersirat di hati...

Bila hujan turun tanpa henti..
Tanah yang gersang menjadi subur,
Pokok-pokok tumbuh menghijau,
Katak-katak bersorak riang.....

Namun hatiku tetap gundah gulana
Bila mengenangkan hujan yang turun,
Membasahi bumi....

Bila petang je kau pun turun..
Aku yang termangu-mangu,
Tak boleh balik rumah...huhuhu
Maka tinggallah motorsikal kesayanganku
di tempat kerja..

Adakah esok masih begitu?
Namun kau diturunkan bersama rezeki
ku redha atas segalanya.......



                                                 Marilah sama-sama kita hayati lagu ini....





"sygana" "kongsi" cerita

Tuesday, October 18, 2011

Selamat menghadapi peperiksaan...

Salam ceria buat semua....
Hujung-hujung tahun ni semua murid dan guru begitu sibuk dengan peperiksaan.
Murid-murid sedaya upaya memerah idea dan berusaha untuk menjawab dengan lebih baik agar mendapat keputusan yang cemerlang.

Guru pula,berharap agar anak murid memperoleh kejayaan.Menanda kertas-kertas jawapan sampai pening-pening dek pelbagai jawapan.Ada yang lucu,menggeramkan dan sebagainya.Apa pun, tiada guru yang akan menggagalkan murid-murid.Keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan apa yang di tulis oleh murid itu sendiri serta pengetahuannya dalam pembelajaran.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi SPM akan bermula.Begitu juga dengan SDEA dan SDKA bagi negeri Johor.
Pelbagai usaha dan tips-tips yang diberi kepada murid-murid.
Peperiksaan akhir tahun juga sudah bermula.Pelbagai gelagat dapat dilihat.


(memang berlaku di waktu begini bagi mereka yang tidak bersedia)


Semoga semuanya mendapat keputusan yang baik dan cemerlang.
Kami semua mendoakan yang terbaik untuk semua.




"sygana" "kongsi" cerita

Saturday, October 15, 2011

Aqib ku sayang...

Salam penuh kasih sayang.....

Sudah beberapa hari tidak menjengah blogku ini.Emmm...rindu pula nak menulis.
Waktu-waktu begini,teringat pula keletah anak saudaraku.Lama tak berjumpa dengannya.

Bila rindu,gambar-gambar menjadi pengubatnya.Kami memanggilnya Aqib sahaja.Memang pandai bawa diri dan sentiasa ceria.




















Wajahnya yang comel membuatkan kami semua merinduinya...
Permainanan yang paling disukainya ialah bola.Dia akan menendang dengan penuh gaya.
Perkataan yang paling suka disebut pula ialah.."nak..nak...nak.."dengan nada yang manja.

Memori indah bersama Aqib...


"sygana" "kongsi" cerita

Thursday, October 13, 2011

Mengisi masa terluang tapi....

Salam penuh kasih sayang....

Mula-mula nak hilangkan rasa bosan,saya pun main game yang ada di Facebook mahu pun di Tagged.
Rupa-rupanya seronok gak.Patutlah anak-anak suka main game ni.
Memang  melekakan.Tak terasa masa berlalu begitu sahaja.(bahaya gak ni...jika diamalkan..hehe)

Tapi bila saya renung-renung semula...ianya banyak membuang masa kita.Mungkin sekali sekala tidak mengapa.Namun apa yang pasti ,jika tiada kesedaran memang jadi ketagih.
Hmmm....itu pendapat saya je.Orang lain saya tak pasti kerana masing-masing ada pandangan tersendiri.

Huhh..jika hari-hari seperti ini..
Tak berasap dapur jawabnya..

Oleh itu , hargailah masa.
(Peringatan untuk diri sendiri....)





"sygana" "kongsi" cerita

Monday, October 10, 2011

Kerana anak, ibu jadi mangsa...macam-macam

Salam di malam yang sepi...

Hari ni baca Akhbar Kosmo,berita mengenai pergaduhan antara anak tetapi ibu pula yang kena belasah.
Nampaknya akhlak dikalangan anak-anak zaman ini sudah semakin teruk.
Rasa hormat kepada orang tua seakan sudah terhakis.Dendam kesumat bermaharajalela.Lupa pada adat budaya orang Melayu dan sebagai seorang Islam.

Namun, kita harus menilai sebab musabab mereka bersikap demikian.Bukanlah saya nak menyokong perbuatan itu,mungkin ada sesuatu disebalik semua kejadian tersebut.Sebagai orang dewasa pula, kita seharusnya bertanya dengan cara yang berhemah dan bukannya bertanya dengan emosi.
Apa pun,itu hanya pendapat saya sahaja.

Hanya kembali kepada ajaran agama sahaja yang boleh membersihkan jiwa kita.Cubalah contohi akhlak Rasulullah s.a.w.Baginda telah menunjukkan akhlak yang paling sempurna kepada kita semua.
Di sekolah juga ,guru-guru telah menekankan akhlak yang baik untuk diamalkan.

Sifat marah adalah salah satu punca tercetusnya kejadian seperti ini.
Terdapat cara untuk mengawal perasaan marah ini sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w...


  1. Mengucapkan Ta'awudz –" Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk". Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
  2. Diam atau tidak berbicara.
  3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
  4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah.                                                                                           
Marilah sama-sama kita hayatinya dan amalkan agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.Belajarlah untuk mengawal perasaan.

Setakat inilah sahaja untuk hari ini.....



"sygana" "kongsi" cerita

Saturday, October 8, 2011

Selesai sudah teka teki...

Alhamdulillah...malam ni ada peluang untuk menulis lagi.
Bajet 2012 telah pun diumumkan.Berbagai reaksi rakyat dapat dilihat.
Rata-ratanya berpuas hati dengan belanjawan kali ini.
Semua peringkat umur dapat manfaatnya.Insyallah.

Ianya nampak begitu telus untuk meningkatkan taraf hidup rakyat,pendidikan dan keseluruhannya.

“DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA"


Begitulah temanya dan ia mempunyai lima fokus utama.Sebagai rakyat yang akan menerima sedikit sebanyak habuan,saya sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Tun Razak.
(merasa la juga...heheh)


Apa pun yang bakal kita semua nikmati,jangan lupa diri dan sentiasalah meningkatkan kualiti kerja.Tinggalkan ciri-ciri negatif yang ada pada kita.Kepada pelajar-pelajar pula,gunakanlah kemudahan yang diberi dengan baik dan jangan mensia-siakan peluang yang ada.Jadilah pelajar yang cemerlang serta beriman kerana kamu semua yang akan menggantikan pemimpin hari ini.Kamu semua adalah aset negara yang sangat berharga.




Emo la pula...


Semoga negara kita terus aman makmur,sejahtera serta berjaya dalam apa jua bidang dan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi akan tercapai.Insyallah.







"sygana" "kongsi" cerita

Friday, October 7, 2011

Belanjawan oh belanjawan....

Salam ceria di pagi Jumaat yang mendamaikan..(sejuk je )


Kadang-kadang nak menulis ni, cam  takde idea je....tu yang tak updated blog ni.
Lebih suka baca entri daripada blog-blog yang lain.Banyak gak info yang diperolehi.Pengajaran,politik,kisah peribadi dan sebagainya.Seronok membaca hingga terleka, masa dah berlalu begitu sahaja.Blog sendiri tak terisi apa-apa yang bermanfaat.


Hari ini,kebanyakkan akhbar tempatan memaparkan tentang BAJET 2012.
Diharapkan bajet kali ini lebih baik lagi dan menepati slogan "Rakyat didahulukan,Pencapaian Diutamakan".
Setiap golongan mengharapkan agar keperluan masing-masing dapat dipenuhi terutama golongan berpendapatan rendah.


"Belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia".


Begitulah nama belanjawan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri kita.Mudah-mudahan ianya akan membawa kesejahteraan kepada semua rakyat.Apa pun,semua rakyat tertunggu-tunggu berita gembira yang akan disampaikan kelak.


Emmm..terlupa pula...nanti bila keperluan dah dipenuhi,jangan lupa untuk berterima kasih kepada kerajaan.Jangan jadi kacang lupakan kulit pula ye..
Manusia ni mudah lupa..walaupun dah dapat masih lagi kata kerajaan tak adil dan sebagainya.Tiada satu pun yang sempurna melainkan Allah sang Pencipta...


Semoga negara tercinta ni akan terus makmur dan maju jaya.








                                                                                                                                                                                                                                        
"sygana" "kongsi" cerita

Tuesday, October 4, 2011

Peperiksaan PMR

Salam ceria dan salam sayang..

Musim hujan dah tiba.Di mana-mana tempat ditimpa hujan.
Apa pun hujan yang turun membawa rahmat kepada kita semua.

Hari ini, semua pelajar tingkatan 3 menghadapi peperiksaan PMR.
Semoga mereka tenang ketika menjawab soalan peperiksaan dan
seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang.
Ibu bapa dan guru-guru sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka.

Amalkanlah doa-doa serta bacalah Al-quran walau sebaris ayat.
Moga Allah permudahkan.


SELAMAT MAJU JAYA BUAT KAMU SEMUA.







"sygana" "kongsi" cerita

Monday, October 3, 2011

Ada-ada saje...(GERAM)


Salam ceria buat semua...

Hari ni, saya terpanggil untuk menulis.Selepas menonton berita di saluran TV 1 tadi.
"Seorang ibu tergamak membunuh anak sendiri"
Ya Allah...apa nak jadi dengan dunia hari ini?
Nak kata  ibu bapa tak hantar sekolah,melampau pula....
yang pastinya mereka pernah bersekolah, belajar tentang adab dan akhlak serta nilai-nilai murni dalam diri.
Guru pula sentiasa menyelitkan nilai-nilai murni dalam diri anak murid.

Apakah masalah sebenar mereka ini ye?
Tidak dapat mengawal emosi sendiri.
Tidakkah mereka tahu bahawa hanya Allah sahaja yang berhak ke atas hambanya?
Walaupun kita wajib percaya kepada qada' dan qadar,tak semestinya kita biarkan mereka terus bersikap sedemikian.
Mungkin kerana rasa malu kepada ibu bapa,kawan-kawan dan masyarakat sekeliling menjadikan mereka begitu kejam terhadap bayi mereka sendiri.
Mengapakah tidak mereka fikirkan akibat daripada perbuatan mereka itu terlebih dahulu?
huhhhhhh...........

Apa pun kembalilah ke jalan yang benar.
Kembali kepada agama yang akan memandu ke jalan yang lurus.
Ingatlah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah!Kepadamu kami menyerah dan kepadamu kami mohon pertolongan.
Ampunkanlah dosa-dosa kami dan juga mereka.
Jauhkanlah kami daripada terus melakukan maksiat.
Kuatkanlah iman kami YA ALLAH....



"sygana" "kongsi" cerita

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)