Blogger Layouts

Pages

Followers

Wednesday, September 21, 2011

Utusan Malaysia Online - Politik

Utusan Malaysia Online - Politik

Ni satu lagi.....fikir-fikirlah
Apakah yang akan terjadi pada masa hadapan sekiranya kita bersetuju dengan semua agenda pembangkang?

Agenda jahat pakatan pembangkang...


"sygana" "kongsi" cerita

Tuesday, September 20, 2011

Salam ceria buat semua....
Lama tak menulis di ruangan ni..
Macam-macam cerita dan peristiwa dah berlaku dalam negara kita ni.
Baru-baru ni, isu hendak menukar Jalur Gemilang pula.Isu buta sejarah belum lagi reda dah ada isu lain pula.
Apa nak jadi dengan rakyat yang mengaku sebagai rakyat Malaysia?

Mungkinkah mereka sudah kekeringan idea dek kerana mempertahankan idea politik mereka?
Bukankah mereka juga mengecapi kemodenan,kedamaian hidup serta kejayaan yang dibawa oleh pemimpin dahulu hinggalah ke hari ini?

Mungkin nak tarik perhatian rakyat agar mengikut fahaman politik..eeeemmmmmmm
Pada pendapat saya,rakyat hari ini sudah pandai memilih yang mana baik dan yang mana tidak perlu diikuti.
Kita sepatutnya menyokong kerajaan yang telah banyak memberi kemudahan kepada rakyatnya.Tidak dapat dinafikan, terdapat juga perkara yang tidak disenangi oleh rakyat.Ini kerana tidak ada manusia yang sempurna dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

Apa pun jadilah rakyat yang sama-sama memakmurkan negara tercinta ini tanpa perlu menukar bendera Jalur Gemilang sedia ada.Hargailah perjuangan orang-orang terdahulu yang telah mempertahankan dan memperjuangkan tanah air ini.

Emosi pula....



"sygana" "kongsi" cerita

Tuesday, September 13, 2011

Salam ceria....
Nampaknya isu sejarah semakin hangat diperkatakan..
Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia mengambil berat tentang isu ini.
Jika fakta dalam buku Sejarah tidak tepat,pihak-pihak tertentu perlu mengambil tindakan yang cepat untuk memperbetulkan fakta ini agar anak-anak yang bakal menjadi pemimpin tidak buta tentang sejarah negara sendiri.

Cuba kita fikirkan bersama-sama....
 Rakan-rakan seangkatan dengan saya juga telah mempelajari sejarah melalui" Buku Sejarah " yang sedia ada sekarang.Saya sendiri tertanya-tanya adakah fakta yang terdapat dalam buku itu tidak menepati sejarah sebenar negara kita?
Sudah berapa generasikah yang menggunakan fakta tersebut?

Apa pun, saya berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik agar rakyat dapat mengetahui fakta sebenar negara sendiri dan tidak ada anasir-anasir yang akan memutar belitkan fakta.





"sygana" "kongsi" cerita

Monday, September 12, 2011


Salam syg dan salam ceria...
Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari raya buat semua...
Buat anak-anak yang nak mengambil UPSR ,jaga kesihatan,jaga pemakanan,jangan ingat raya je...
Semoga kamu semua berjaya dalam peperiksaan..

Anak murid nak periksa..
Guru pula berdebar-debar dan sentiasa mendoakan agar anak murid dapat menjawab dengan baik..
Ibu bapa.. apatah lagi..
tak tidur malam ingatkan anak-anak...

Selamat menduduki UPSR buat murid-murid darjah 6 tak kira di mana berada..






"sygana" "kongsi" cerita

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)