Blogger Layouts

Pages

Followers

Tuesday, June 14, 2011

Rintihan Hati Seorang Ibu

Semalam, ketika berada di Hospital Besar Sultanah Aminah,pelbagai ragam dapat dilihat.Berada di Blok A  kelihatan anak-anak kecil yang menghidap masalah jantung dengan ragam masing-masing.Ibu dan bapa berlegar-legar sambil memujuk anak-anak yang menangis.

Ahh...waktu itu telah berlalu.Ain Fatihah telah berusia 13 tahun.Namun aku tetap bersyukur apabila Doktor yang merawat Ain mengatakan lubang dijantungnya kian mengecil.Tak perlu pembedahan.Ain menghidapi jantung berlubang jenis VSD.Hati ini tetap berasa bimbang akan kesihatannya.Walaupun sudah kecil ianya tetap merbahaya jika tiada perubahan selepas ini.



Bersyukur sekali kerana Ain dapat menghadapi hari-harinya seperti anak-anak normal yang lain.Aktif dalam sukan olahraga dan permainan.Pernah meraih gelaran olahragawati peringkat sekolah sebanyak dua kali.Mewakili sekolah ke peringkat Daerah beberapa kali.Alhamdulillah.Jiwanya kental tidak pernah mengeluh tentang penyakit yang dihidapinya.Kadang-kadang aku lupa tentang semua itu....

bersama hadiah yang diperolehi


 Semoga satu hari nanti Ain akan sembuh sepenuhnya dan menghadapi hari-hari dengan ceria sepanjang hidupnya.Doa daripada seorang ibu yang sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anak.


 



Jantung berlubang merupakan sejenis penyakit kongenital (dilahirkan). Antara tanda yang jelas ialah pucat (bibir dan lidah yang biru) apabila melakukan sesuatu seperti minum susu dan menangis. Tanda lain ialah sesak nafas, bengkak hati, kurang selera makan dan urat darah timbul di bahagian tengkuk. Penyakit jantung kongenital berlaku sebanyak 8 dari 1000 kandungan. Jenis yang utama ialah VSD, ASD, Patent ductus dan Fallots Tetralogy. Pesakit jantung berlubang perlu mendapat rawatan pakar, terutamanya jika pesakit menunjukkan tanda lemah dan kegagalan jantung pada peringkat awalnya (seperti di atas). Penyakit VSD (Ventricular Septol Defect) ialah yang paling kerap berlaku (25%) di mana terdapat lubang di antara lubang bilik jantung kiri dan kanan. Kadangkala lubang tersebut akan tertutup dengan sendirinya apabila meningkat umur. Pesakit perlu dirujuk ke pakar jantung jika menunjukkan masalah kekurangan oksigen. Pesakit yang tidak serius atau tidak menunjukkan simptom yang jelas akan di " follow up " sehinggalah berusia 8 tahun di mana jika keadaan jantung berlubangnya masih kekal, maka ianya akan dirujuk ke IJN untuk kemungkinan menjalankan pembedahan.
(sumber Shahana.blogspot)

"sygana" "kongsi" cerita

No comments:

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)