Blogger Layouts

Pages

Followers

Tuesday, June 28, 2011

MAKHRAJ HURUF


Salam ceria di hari nan indah ini...

Bila tengok  post yang selalu dilihat oleh pembaca blog ini,tahulah "sygana" bahawa mereka ingin mencari ilmu yang boleh dimanfaatkan. 

Insyallah "sygana" akan terus menambah entry tentang pelajaran Tajwid yang lain pula.Tak sangka ramai yang  berminat dengan hukum tajwid ni.

Pada asalnya,entry ni hanya untuk pembelajaran ketika "sygana" belajar buat blog sahaja.Alhamdulillah dapat juga "sygana" menyebarkan ilmu yang tak seberapa ni.

Sampai di sini dahulu ada masa dan waktu terluang "sygana" akan tambah lagi..



  •   

"sygana" "kongsi" cerita

Monday, June 27, 2011

Laut itu...

 desaru, desaru beach


http://www.cute-smiley.com
nak mandi laut..hehehe

Laut nan luas....
Laut nan luas terbentang mengingatkan aku tentang sesuatu,
Alangkah luasnya Ilmu pengetahuan Sang Pencipta.

Melihat laut nan luas saujana mata memandang,
Menginsafkan aku,
Betapa kerdilnya diri ini.

Cubalah amati suara itu,
maka akan kita dengar,
suara gelombang itu zikir,
gemersik buih itu bertahlil,
dan angin turut bertasbih.

"sygana" "kongsi" cerita

Laut yang luas terbentang mengingatkan aku tentang sesuatu,
Alangkah luasnya Ilmu pengetahuan Sang Pencipta.

Melihat laut yang luas saujana mata memandang,
Menginsafkan aku,
Betapa kerdilnya diri ini,

Cubalah amati suara itu,
maka akan kita dengar,
suara gelombang itu zikir
gemersik buih itu bertahlil
dan angin itu bertasbih
"sygana" "kongsi" cerita

Saturday, June 25, 2011

RENUNGAN

salam ceria sahabat...




LALUAN MENUJU KE ALAM BARZKH 
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL 
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
 
LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR 
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati
 
LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN 
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH
LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN 
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH



Sekadar renungan untuk difikirkan bersama.
Jika ingin menambah pendapat atau pandangan sila komen ye...




"sygana" "kongsi" cerita

Friday, June 24, 2011

Kata Hikmah


Janganlah kita bersifat meninggi diri dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah seperti sikap berbangga diri,kagum dengan kehebatan diri dan berasa sempurna.
Kita harus menjauhi sifat ini (  عجب ) kerana sifat ini mampu merubah keadaan diri seseorang serta merosakkan kesucian rohani.

Antara contoh sifat ( عجب )

  • Ujub dengan ilmu : merasakan dirinya sahaja yang pandai.
  • Ujub dengan harta : merasakan dirinya sahaja yang berharta dan kaya.
  • Ujub dengan kemuliaan dan keturunan : merasakan keturunannya sahaja yang lebih mulia.
  • Ujub dalam beribadah : merasakan dirinya sahaja yang rajin beribadah.
  • Ujub dengan kekuatan : merasakan dirinya amat gagah dan tidak dapat ditandingi oleh orang lain.

Antara cara untuk menghindari sifat Ujub( عجب )
  • Sentiasa memahami tujuan penciptaan manusia.
  • Mengikhlaskan diri ketika melakukan segala pekerjaan.
  • Muhasabah diri.
  • Sentiasa bersyukur denag kurniaan Allah.
  • Berusaha menjauhkan diri daripada sifat mazmumah.
  • Sentiasa bermafaan.
  • Banyakkan beristigfar. 
 

( sumber : kitab Pendidikan Akhlak darjah 6 : Sekolah Agama Kerajaan Johor )


"sygana" "kongsi" cerita

Thursday, June 23, 2011

Doa



Jadikanlah doa itu sebagai amalan dalam hidup kita, semoga apa yang kita hajati akan ditunaikannya...insyallah




;
"sygana" "kongsi" cerita

Tuesday, June 21, 2011

Macam-macam...

Hmmm..geram bila baca berita Kosmo hari ni...

Macam-macam boleh berlaku apabila emosi telah mengatasi akal fikiran.Bukankah ada cara lain untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah?

Bukan dengan mencederakan orang yang pernah disayangi dan dicintai.Lupa akan kebaikan dan kebahagiaan yang pernah dikecapi bersama....

Bila marah menguasai diri, lupa apa yang telah diucapkan dan lakukan.Syaitan bertepuk tangan dan bergembira apabila anak Adam saling bermusuhan dan berbunuhan.Cemburu mungkin menjadi punca seorang bekas suami sanggup menikam bekas isterinya kerana tidak mahu kembali kepadanya.

  


Janda muda parah ditikam duda


KOTA BHARU - Seorang janda muda cedera parah selepas dikelar dan ditikam berkali-kali di muka, kepala dan leher dengan gunting dipercayai oleh bekas suaminya dalam satu pergaduhan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya di sini semalam. Kejadian pukul 4 petang itu berlaku apabila Hazita Mohamad , 27, enggan menuruti permintaan bekas suaminya, 29, supaya kembali semula kepadanya. Ekoran itu, pelajar dandanan rambut itu cedera parah dan keadaannya dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sebelum itu, bekas suami mangsa dikatakan telah mengekori kereta yang dipandu wanita tersebut hingga ke pasar raya berkenaan.
Katanya, sebaik tiba di tempat letak kereta, suspek telah menerpa masuk ke dalam kereta mangsa lalu berlaku pergelutan. "Mangsa telah dikelar di muka dan ditikam di kiri dan kanan leher serta belakang kepala dengan gunting. "Suspek kemudian melarikan diri selepas orang ramai cuba meleraikan pergaduhan tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambahnya, siasatan awal pihaknya mendapati punca pergaduhan itu ialah kerana suspek naik berang selepas permintaannya untuk rujuk ditolak mentah-mentah oleh mangsa. Menurut Azham, pihaknya telah mengenal pasti identiti suspek yang bekerja sebagai pembantu hospital itu dan yakin dia akan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera. Sementara itu kakak mangsa, Hazlina, 30, yang ditemui di HRPZ II memberitahu, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi pihak hospital 15 minit kemudian. Katanya, adiknya telah bercerai dengan bekas suaminya pada tahun lalu setelah berkahwin selama tujuh tahun. "Saya pun tidak pasti punca perceraian mereka, mungkin disebabkan cemburu," katanya.



               


"sygana" "kongsi" cerita

Monday, June 20, 2011

Solat tanda bersyukur

Mari baca artikel ini...

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI 
SURAH ini termasuk dalam kategori surah Makiyyah, sebagaimana pendapat Ibn Abbas dan jumhur ulama. Sedangkan pendapat al-Hasan, Ikrimah dan Qatadah pula bahawa ia termasuk dalam surah Madaniyyah. Ia mengandungi tiga ayat dan diturunkan selepas surah al-'Adiyat.
Hubungan dengan surah al-Ma'un 
 Dalam surah al-Ma'un disebutkan golongan yang mendustakan agama dengan empat sifat iaitu kikir, tidak mengerjakan sembahyang, riak dan menolak memberi pertolongan. 
Dalam surah ini Allah SWT menyebut anugerah kepada Rasulullah SAW dalam bentuk kebajikan dan keberkatan. Kemudian dinyatakan bahawa Dia menganugerahkan al-Kauthar kepada Nabi yang bererti kebajikan yang banyak, memelihara sembahyang, sentiasa mengerjakannya secara ikhlas dan bersedekah kepada orang fakir. 
Sebab turunnya surah ini 
 Orang musyrik Mekah dan orang munafik Madinah mencela dan mengejek Nabi perkara berikut:

  •  Hanya golongan yang lemah sahaja menjadi pengikut baginda dan tidak terdapat pun para pemimpin serta pembesar yang mengikut baginda.

Jika agama yang dibawa itu benar pasti para pembelanya terdiri daripada golongan fakir yang mempunyai kedudukan mulia dalam masyarakatnya. Ucapan mereka itu bukanlah perkara baru kerana hal ini juga berlaku ke atas kaum Nabi Nuh a.s yang berkata kepadanya (lihat surah Hud ayat 27). 
 Sudah menjadi sunnah Allah kepada makhluk-Nya, pada kebiasaannya mereka mudah menerima ajakan rasul kerana mereka tidak memiliki harta yang dibimbangkan musnah untuk kepentingan ajakan yang baru, tidak memiliki kedudukan dan kekuasaan yang dikhuatiri dimiliki oleh pembawa ajakan baru itu.
 Para pemimpin dan pembesar kebiasaannya tidak mahu menerima ajakan itu, sehingga mereka masuk ke dalam agama Allah dalam keadaan yang tidak suka.
Oleh yang demikian, terjadilah perdebatan antara para pemimpin itu dengan Rasulullah. 
 Kemudian mereka mulai lemah kerana dikalahkan dakwaan mereka itu satu demi satu dan Allah menolong para rasul-Nya dengan meneguhkan kedudukan mereka.
Begitulah penduduk Mekah menghadapi Rasulullah. Oleh sebab itu, para pemimpin dan pembesar Mekah pada umumnya tidak menerima orang yang menganut Islam lantaran kedengkian kepada Nabi Muhammad dan golongan yang lemah lagi hina 
.

  •  Apabila mereka mendapati putera-putera Nabi Muhammad meninggal dunia lantas mereka berkata: "Nama Muhammad telah berakhir, kini keturunan Muhammad sudah terputus." Mereka memandang perkara itu sebagai celaan dan cemuhan serta menjauhkan manusia daripada mengikut Baginda.  

  •  Apabila mereka melihat bencana yang menimpa kaum muslimin, maka mereka bergembira, menunggu-nunggu agar kecelakaan itu menimpa kaum muslimin dan kekuasaan mereka hilang sehingga kedudukan mereka yang diporakperandakan oleh agama baru itu tegak kembali.
 Oleh sebab itu, surah ini diturunkan untuk menguatkan hati Rasul-Nya bahawa kegoncangan yang ditimbulkan oleh kaum musyrikin itu adalah suatu dugaan dan ujian untuk membersihkan jiwa orang yang masih belum kuat hatinya.
Ini untuk menolak tipu daya kaum musyrikin di hadapan mereka serta memberitahu kepada mereka bahawa rasul itu pasti memperolehi pertolongan dan para pengikut baginda termasuk dalam golongan orang yang mendapat kejayaan. 
 Firman Allah: Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.Muhammad Quraish Shihab berkata: "Kata al-Kauthar diambil dari kata kathir."
Ia digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang banyak bilangannya atau tinggi mutunya. Bahkan seorang manusia merupakan tokoh yang banyak berjasa dinamakan Kauthar.
Ulama berbeza pendapat tentang makna tersebut. Pendapat yang popular adalah sungai di syurga. Ia dikemukakan oleh ulama berdasarkan hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Muslim dari sahabat Nabi Anas bin Malik. 
 Pendapat ini ditolak oleh Sheikh Muhammad Abduh sambil menulis dalam tafsirnya pendapat yang menyatakan al-Kauthar bermaksud sungai di syurga baru diterima sebagai keyakinan apabila riwayatnya mutawatir.
Namun demikian, Sheikh Muhammad Abduh meragukan mutawatir hadis tersebut kerana tulisannya lebih jauh. Kemutawatiran satu riwayat tidak sah kalau hanya pendapat sekelompok orang atau sebahagian ulama.
Kemutawatiran riwayat seperti apa yang anda lihat pada keadaan al-Quran. Ia dikenali dan diakui oleh thabaqat (kelompok atau generasi demi generasi) dan diriwayatkan oleh sejumlah orang yang dipercayai dan mustahil untuk berbohong, seterusnya riwayat itu sampai kepada anda dan tidak ditolak oleh kaum muslimin. Ia dinamakan mutawatir yang dapat menghasilkan keyakinan. 
  Pendapat kedua tentang al-kauthar banyak disebut ulama tafsir keturunan Nabi Muhammad. Pendapat ini dikemukakan antara lain oleh Abu Hayyan, al-Alusi sambil menyatakan mereka itu telah memenuhi seluruh penjuru.
Demikian juga Muhammad Abduh, al-Qasimi yang mengambil pendapat Ibn Jinni sambil menyatakan pendapat ini indah dengan sebab nuzul surah ini. Dan maksud keturunannya ialah anak cucu Sayyidah Fatimah puteri Rasulullah.
Dinyatakan di sini beberapa pendapat yang lain sebagaimana dinukilkan daripada kitab Zad al-Masir

  •  Kebaikan yang banyak yang dikurniakan kepada Nabi. Inilah pendapat Ibn Abbas.
  •  Ilmu dan quran sebagaimana pendapat al-Hasan.
  • Kenabian seperti pendapat Ikrimah.
  •  Kolam Nabi di mana manusia berhimpun padanya pada hari Akhirat. Inilah pendapat Ata'.
  •  Ramainya pengikut Nabi dan umatnya, seperti pendapat Abu Bakar bin 'Iyash.

Firman Allah SWT: Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.Berkenaan dengan solat di sini ada tiga pendapat: 
i. Solat hari raya haji, seperti pendapat Qatadah.
ii. Solat Subuh di Muzdalifah, sebagaimana pendapat Mujahid.
iii. Solat lima waktu. Inilah pendapat Muqatil. 
Berkenaan dengan perintah korban pula ada lima pendapat:
i. Sembelihlah pada hari raya seperti riwayat Ali bin Abi Talhah daripada Ibn Abbas. Inilah pendapat Ata', Mujahid dan jumhur.
ii. Diletakkan tangan kanan atas tangan kiri ketika solat seperti riwayat Abu al-Jauza'.
iii. Mengangkat kedua tangan dengan bertakbir hingga ke leher seperti pendapat Abu Ja'far Muhammad bin Ali.
iv. Dengan makna solatlah kerana Allah dan korbanlah kerana Allah seperti pendapat al-Qurazi.
v. Hendaklah menghadap kiblat ketika korban sebagaimana dihikayatkan oleh al-Farra'.
Sayid Qutub berkata: "Setelah menerangkan nikmat yang melimpah ruah yang bertentangan dengan kempen orang kafir, Allah SWT memerintah Rasul-Nya supaya mensyukuri nikmat dengan kewajipannya yang pertama iaitu ikhlas dan tetapkan dalam hati amal ibadah kepada Allah SWT, mengerjakan solat dan menyembelih binatang korban dengan penuh keikhlasan tanpa menghiraukan kesyirikan kaum Musyrikin." 
Firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.Ulama khilaf siapakah yang dimaksudkan dalam ayat ini kepada lima pendapat: 
i. Al-'As bin Wa'il al-Sahmi, seperti pendapat Ibn Abbas. Ini juga pendapat Said bin Jubair, Mujahid dan Qatadah.
ii. Abu Jahal, sebagaimana pendapat Ibn Abbas.
iii. Abu Lahab, seperti pendapat Ata'.
iv. Uqbah bin Abi Mu'it, sebagaimana pendapat Syamar bin 'Atiah.
v. Himpunan di kalangan orang Quraisy, seperti pendapat Ikrimah. 
 Al-Maraghi berkata: "Orang yang membenci kamu dalam apa jua keadaan adalah orang yang terputus penyebutannya untuk memperoleh kebaikan dunia dan akhirat."
Sebab utama mereka membenci petunjuk dan hikmah yang diajarkan baginda menampakkan kejahilan fikiran mereka, mencela sembahan mereka, menyeru ajaran yang berbeza dari apa yang telah mereka biasa ikuti.
Al-Hassan berkata: "Orang musyrik menyatakan keadaan Nabi Muhammad SAW itu terputus, maksudnya baginda telah menerima kegagalan, sebelum tujuan baginda tercapai. Akan tetapi Allah SWT menjelaskan bahawa musuh baginda itulah yang mengalami keadaan yang sedemikian."
             sumber ini diambil daripada  http://www.utusan.com.my/utusan




"sygana" "kongsi" cerita

TUTORIAL BLOG


Antara blog tutorial yang best yang  dicadangkan  untuk  kamu cuba...saya dah follow blog ni


Photobucket
    


♥♥ Lisa Afha ♥♥


zieyra sarel\





! Tutorial Untuk Blog | Tips 












                        






"sygana" "kongsi" cerita

Jom join FACEBLOG

salam....marilah kita meriahkan lagi FACEBLOG  




SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH




"sygana" "kongsi" cerita

Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapa


hai....semua apa khabar?

Hari bapa dah tiba...Selamat menyambut Hari Bapa kepada semua bapa-bapa  tak kira di mana  sahaja anda berada.
Esok ,semua bapa-bapa bakal dapat hadiah daripada anak-anak dan juga isteri..hahahaaa
suka r tu....


Sambutan ni sepatutnya disambut setiap hari seperti sambutan Hari Ibu juga...sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga kepada mereka.

LIHAT VIDEO INI..









Abah... 
kasih yang kau curahkan terhadap kami tanpa berbelah bagi 
saat kami memerlukan mu, 
kau sentiasa berada disisi
dapat kami lihat wajah ceriamu tatkala kami semua berjaya
Abah... 
semua kebahagian telah abah berikan kepada kami
apakah kebahagiaan  yang dapat kami persembahkan buatmu  abah?
hanya cinta,kasih sayang dan doa yang dapat kami persembahkan pada mu abah.Agar kau sentiasa sihat dan gembira...
Dalam hati kecil kami selalu berkata dan  berharap
semoga kami dapat membahagiakanmu dan berbakti kepadamu 
Abah... 
kesabaranmu mengajar kami menjadi anak yang mampu 
menghadapi hari-hari yang penuh cabaran ini
Terima kasih abah..












"sygana" "kongsi" cerita

Friday, June 17, 2011

Qada' dan qadar

mulakan hari dengan membaca

Pagi-pagi lagi dah dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.Kematian seorang pemuda yang sedang menerima rawatan pelik dengan menggunakan hos getah yang mengalirkan air masuk ke dalam mulutnya.Bayangkan keadaannya ketika air yang dialirkan ke dalam mulut! Sudah tentu dia meronta-ronta kerana kelemasan.
Mengapa orang kita masih begitu percaya dengan rawatan seperti itu?Sakit jumpa bomoh...sememangnya kita disarankan berusaha dan berikhtiar untuk melawan penyakit.Namun masih banyak cara yang lebih relevan.Kerajaan telah menyediakan pusat rawatan yang canggih seperti hospital dan klinik kerajaan serta swasta.Bukanlah hendak menolak terus perubatan tradisional yang sedia ada.Seharusnya kita pandai menilai cara orang yang hendak merawat ahli keluarga kita. Bila nasi sudah menjadi bubur barulah kita menyesal.Apa pun sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa  Faizal Harun yang telah kembali ke rahmatullah dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Semoga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.Janganlah terlalu percaya dengan bomoh.



KUALA TERENGGANU – Seorang bapa hanya mampu melihat anak lelakinya dipaksa minum air menggunakan hos getah oleh seorang bomoh Siam sehingga pemuda itu pengsan dan meninggal dunia ketika berubat di sebuah rumah di Kampung Pulau Rusa, Merchang dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 7.45 malam itu, Faizal Harun, 26, yang didakwa menghidap penyakit ganjil empat tahun lalu dibawa ke rumah bomoh dipanggil Kak Yah dari Thailand oleh ahli keluarganya untuk dirawat secara tradisional.
Semasa berada di rumah itu, mangsa disuruh melalui beberapa ritual perubatan selama empat jam. Antara ritual itu adalah upacara membaca mentera, bercakap-cakap dengan mangsa dan memberikan mangsa minum air kosong dalam jumlah yang banyak.
Sepanjang berubat mangsa diarahkan baring. Mangsa turut disuruh menggigit sebilah pisau. Dalam ritual itu mangsa pengsan dua kali kerana lemas minum air terlalu banyak.
Kemuncak ritual itu, mangsa dikatakan terpaksa dipegang beberapa ahli keluarganya sebelum mulutnya disumbat oleh bomoh itu dengan hos getah yang mengalirkan air.
sumber ( http://www.kosmo.com.my )


  



"sygana" "kongsi" cerita

Thursday, June 16, 2011

Malam Yang Sepi

huh..dah hampir dua pagi  mata lum mengantuk lagi

Malam yang sepi ini,mata masih tidak mahu melaksanakan tugasnya...
Malam yang sepi pi pi
Pak Mat jual roti ti ti

Ada sesuatu yang bermain difikiranku ..
emmm...masih banyak yang perlu ku pelajari daripada blogger-blogger yang telah lama menceburi bidang ini.
Tak puas hati rupa-rupanya...
Tidak mengapa ..aku akan terus berusaha menambah entry yang menarik dan akan sentiasa menambahbaikkan blogku ini 

Kadang-kadang idea tak datang...
Kesibukan kerjaya juga menjadi salah satu sebab tak kemas kini isi kandungan blog..
emmm..malam tidur pun ingat blog..heheheehe
okey lah dah pukul 2 pagi....daaaa








"sygana" "kongsi" cerita

Tuesday, June 14, 2011

Rintihan Hati Seorang Ibu

Semalam, ketika berada di Hospital Besar Sultanah Aminah,pelbagai ragam dapat dilihat.Berada di Blok A  kelihatan anak-anak kecil yang menghidap masalah jantung dengan ragam masing-masing.Ibu dan bapa berlegar-legar sambil memujuk anak-anak yang menangis.

Ahh...waktu itu telah berlalu.Ain Fatihah telah berusia 13 tahun.Namun aku tetap bersyukur apabila Doktor yang merawat Ain mengatakan lubang dijantungnya kian mengecil.Tak perlu pembedahan.Ain menghidapi jantung berlubang jenis VSD.Hati ini tetap berasa bimbang akan kesihatannya.Walaupun sudah kecil ianya tetap merbahaya jika tiada perubahan selepas ini.



Bersyukur sekali kerana Ain dapat menghadapi hari-harinya seperti anak-anak normal yang lain.Aktif dalam sukan olahraga dan permainan.Pernah meraih gelaran olahragawati peringkat sekolah sebanyak dua kali.Mewakili sekolah ke peringkat Daerah beberapa kali.Alhamdulillah.Jiwanya kental tidak pernah mengeluh tentang penyakit yang dihidapinya.Kadang-kadang aku lupa tentang semua itu....

bersama hadiah yang diperolehi


 Semoga satu hari nanti Ain akan sembuh sepenuhnya dan menghadapi hari-hari dengan ceria sepanjang hidupnya.Doa daripada seorang ibu yang sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anak.


 



Jantung berlubang merupakan sejenis penyakit kongenital (dilahirkan). Antara tanda yang jelas ialah pucat (bibir dan lidah yang biru) apabila melakukan sesuatu seperti minum susu dan menangis. Tanda lain ialah sesak nafas, bengkak hati, kurang selera makan dan urat darah timbul di bahagian tengkuk. Penyakit jantung kongenital berlaku sebanyak 8 dari 1000 kandungan. Jenis yang utama ialah VSD, ASD, Patent ductus dan Fallots Tetralogy. Pesakit jantung berlubang perlu mendapat rawatan pakar, terutamanya jika pesakit menunjukkan tanda lemah dan kegagalan jantung pada peringkat awalnya (seperti di atas). Penyakit VSD (Ventricular Septol Defect) ialah yang paling kerap berlaku (25%) di mana terdapat lubang di antara lubang bilik jantung kiri dan kanan. Kadangkala lubang tersebut akan tertutup dengan sendirinya apabila meningkat umur. Pesakit perlu dirujuk ke pakar jantung jika menunjukkan masalah kekurangan oksigen. Pesakit yang tidak serius atau tidak menunjukkan simptom yang jelas akan di " follow up " sehinggalah berusia 8 tahun di mana jika keadaan jantung berlubangnya masih kekal, maka ianya akan dirujuk ke IJN untuk kemungkinan menjalankan pembedahan.
(sumber Shahana.blogspot)

"sygana" "kongsi" cerita

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)