Blogger Layouts

Pages

Followers

Tuesday, May 31, 2011

JATUH

Laptopku terjatuh semalam...huhuhu..sedih
dah mula tak betul....
dokument tak boleh buka...


sedih betul....wawawa

apa lagi hantar klinik lah jawabnya....
nasib baik internet ni masih boleh dibuka...
SABAR...SABAR...SABARRRRR




"sygana" "kongsi" cerita

ASMAULHUSNA


   بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ وَلا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ أُوْلَئِكَ هُمْ الْفَاسِقُونَ لا يَسْتَوِي أَصْحَابُ النَّارِ وَأَصْحَابُ الْجَنَّةِ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ الْفَائِزُونَ لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعاً مُتَصَدِّعاً مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأَسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

صدق الله العظيم


"sygana" "kongsi" cerita

Friday, May 27, 2011

Mukjizat di sebalik BISMILLAH



BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'بسم الله الر حمن الر حيم' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha  Penyayang.'N BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada   Jibrail..
2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11.  Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..
Anda ada dua pilihan sama ada:
1. biarkan saja tanpa bermanfaat untuk org lain...
2.Anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah, ' siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.... 



"sygana" "kongsi" cerita

Thursday, May 26, 2011

Sabar..sabar..sabar


Salam semua.....
Pada waktu-waktu begini,banyak pula perkara yang nak difikirkan...mana nak fikir tentang kerja yang melambak,tentang keluarga dan macam-macam lagi.....
                 Nama pun kehidupan kan..so on je r...
                 Apa nak buat niiiiiiiiiii!!!!!!!!!
                 Mana yang nak didahulukan?
                Semuanya penting.....


Ye..sabar dalam menghadapi semua ujian yang diturunkan kepada kita.
Imam Ghazali berkata bahawa SABAR adalah satu cara untuk menguatkan dorongan agama untuk mengalahkan dorongan nafsu....
Oleh itu,kesabaran merupakan satu wadah untuk terus memajukan diri dengan melepaskan jerat masalah atau kesedihan yang kita hadapi.

Sabar tidak hanya ketika kita menghadapi kesusahan,kesedihan atau sesuatu perkara yang tidak kita inginkan..tetapi ketika kita diuji dengan nikmat,kekayaan,kedudukan yang selesa dan sebagainya.

Makna sabar menurut Kamus Dewan ialah :

   * sabar-  betah menahan penderitaan
             * bersabar - hati bertenang
             * menyabarkan - menahan kesusahan,menahan orang lain daripada marah
             * tersabar -sanggup atau boleh bersabar
             * kesabaran - perihal sabar
             * penyabar - orang yang sabar


"apa yang perlu aku buat ye..emmm sabar ajelah"

Sudah tentunya kita perlu bersabar dalam menempuh semua dugaan yang datang sama ada dalam bentuk yang kegembiraan ataupun musibah yang menimpa.
Setakat ini sahaja untuk hari ini....bila ada idea nanti saya kan tulis lagi. 

"sygana" "kongsi" cerita

Wednesday, May 25, 2011

SINAR CAHAYA AYAT KURSI












Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: 
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,dia akan dilindungi oleh malaikat hingga pagi hari.



"sygana" "kongsi" cerita

MENGINGATI ALLAH SWT.


SETIAP DETIK MENGINGATI  ALLAH
Bagi setiap Mukmin hendaklah menjadi kewajiban bagi dirinya supaya sentiasa melaksanakan solat sunat ketika di malam hari kerana amalan tersebut yang dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu sehingga mencapai darjat yang tinggi dan luhur di hadapan Allah swt. Membiasakan diri mengosongkan perut, berdiam diri menjaga lisan dan hati serta menjauhi daripada bergaul dengan orang-orang yang hatinya lupa mengingati Allah. 
Hendaklah selalu menjaga keluar masuk nafas kita dengan selalu berzikir kepada Allah swt. Dalam setiap saat mendawamkan lafal "Allah, Allah, Allah." dalam hati seiring dengan degupan jantung kita. Namun sebaik-baiknya bagi pemulaan kita atau orang yang baru hatinya masih begitu kuat berasa was-wasnya seelok-eloknya membaca istighfar (Astaghfirullah al-azhiim) sebanyak-banyaknya. Disertai dengan penuh rasa takut dan berharap akan keagungan dan kebesaran Allah. Sehingga hati kita mendapatkan pancaran cahaya "Nur illahi"Insya Allah akan membawa kita kepada keselamatan Dunia dan Akhirat. 
Apabila kita melaksanakan perintah Allah maka hendaklah dibuangkan segala pandangan terhadap manusia yang ditujukan kepada kita dan buangkan kepentingan peribadi kita. Semuanya hendaklah kita tujukan semata-mata kepada Allah swt. Untuk menghindarinya dari pandangan manusia yang memuji keatas amalan kita semasa melaksanakan perintah Allah. Tidak lain tidak bukan hanyalah kita perlu menghindarkan diri kita dari mereka, supaya kita dapat mengasingkan diri sepenuhnya dan membebaskan jiwa kita dari segala harapan mereka dan melenyapkanlah segala nafsu kita. 
"Hai Daud, seseunggunya kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah engkau menuruti hawa nafsu nanti ia (hawa nafsu) kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Seseungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang pedih, kerana mereka melupakan hari perhitungan" { QS. Shod: 26}.
Berzikir sehingga ke satu tahap kita akan merasai seluruh anggota termasuk kemaluan turut berzikir, kerana anggota tersebut juga adalah milik Allah swt, kerana diakhirat nanti anggota ini juga akan berkata-kata dengan sendirinya, dibahagian dada akan terasa sejuk dan hati serta jantung akan terasa dingin dan nyaman. Dicelah-celah jari –jari kaki dan tangan, dibahagian dan juga tempat-tempat yang berllipat akan terasa seperti angin yang dingin seolah-olah meniup udara dingin dan amat nyaman serta hati, perasan dan fikiran sentiasa tenang. Apabila terjaga dari tidur perkataan pertama dengar disebut Allah, Allah, Allah dan sangat sukar untuk digambarkan keenakkannya.


"sygana" "kongsi" cerita

Tuesday, May 24, 2011

DOA MENJAGA KESELAMATAN ZAHIR BATHIN (PENDINDING / PENGGERAK)

 

BISMILLAHIR ROHMA NIR ROHIM

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali (3x) di waktu pagi dan tiga kali (3x) di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut:

"BISMILLAHILLAZI LA YADHURRU MA'ASMIHI SYAI UN FIL ARDHI, WALA FIS SAMAK.."

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang. Keberuntungan beramal dengan doa ini. Terhindar Daripada Bahaya.
 
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Penggerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak, bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut:-
 
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
 
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
 
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
 
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
 
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
 
Terhindar Daripada Sihir
 
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
 
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
 
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
 
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
 
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
 
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
 
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
 
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, Insya'Allah.
 
Sumber : http://www.darussyifa.org/

Kongsi maklumat bersama....
Share

"sygana" "kongsi" cerita

Sunday, May 22, 2011

Kejadian Tanah Runtuh


Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.Awal pagi ini telah diselubungi dengan berita yang amat menyedihkan.Semoga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya.
                            http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TanahruntuhHuluLangat_Tragediketikaberlatihnasyid/Article/index_html
Begitu berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Ya Allah tabahkanlah hati anak-anak ini untuk menempuh kehidupan mereka di masa akan datang.Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa.

"sygana" "kongsi" cerita

Saturday, May 21, 2011

Macam-macam cara belajar

Emmmm..fikir tak abis-abis..mana idea ni??
Hari ini,aku banyak belajar melalui bloger-bloger yang dah mahir.Tapi aku masih belum puas hati lagi kerana ianya belum seperti mana yang aku inginkan.Bukan sahaja mahu blogku ini cantik tetapi juga penuh dengan informasi yang baik dan boleh dikongsi bersama.Follower juga dah semakin bertambah.Terima kasihlah kepada mereka.

                                                                                
"sygana" "kongsi" cerita

.:: diARi sEoRAnG rEMaJA ::.: Tanda - Tanda Jika Anda Mempunyai Saka

.:: diARi sEoRAnG rEMaJA ::.: Tanda - Tanda Jika Anda Mempunyai Saka
"sygana" "kongsi" cerita

Membaca

Biasakan diri untuk membaca


Hobi membaca merupakan satu hobi yang sangat baik yang sepatutnya diamalkan bukan sahaja di kalangan pelajar malah orang dewasa juga.Melalui pembacaan,kita boleh menguasai bahasa dengan baik.Selain itu,banyak maklumat yang kita perolehi melalui pembacaan.
Rasulullah sendiri telah diturunkan wahyu kepadanya dengan kalimah "Bacalah..". Ini menunjukkan betapa pentingnya membaca dalam kehidupan kita. 

                                                             http://youtu.be/U3a1khIlI2s


Pasti banyak maklumat yang diperolehi...membaca satu amalan yang sangat baik.....





"sygana" "kongsi" cerita

Thursday, May 19, 2011

Terkenang dan rindu sekali.....


  Tiba-tiba teringat insan yang telah pergi.Sudah tiga tahun pemergiannya namun masih terasa seperti baru lagi.Walaupun hari-hari terisi dengan kesibukan kerja namun bila sendirian ianya tetap bertandang.Rindu dengan gelak tawanya,cerita-ceritinya,marahnya dan macam-macam lagi.
  Teringat saat-saat terakhir bersamanya,dia minta aku memeluknya seerat-eratnya.Oleh kerana katil di hospital tu kecil sahaja,dengan gurauan aku mengatakan " Mak,nanti yang sihat kat atas katil , yang sakit kat bawah lak "
Mak gelak bila aku cakap macam tu.Itulah saat-saat yang paling tidak dapat aku lupakan.
  Bila orang kita sayang telah tiada, barulah kita tahu betapa kosong jiwa ini tanpanya.Walaupun arwah hanya ibu mertua namun aku menganggapnya seperti ibu kandungku sendiri.
  Aku hanya ingin berkongsi cerita dengan kawan-kawan dan memberi sedikit nasihat.Jenguk-jenguklah selalu semasa ibu dan bapa kita masih hidup.Mereka bukan nak minta duit,bukan minta jasa dibalas.Mereka rindukan anak cucu sahaja.Mereka akan berasa gembira sekali jika melihat kebahagiaan dan kejayaan anak-anak mereka.Itu sahaja.


Al-Fatihah buat Hjh. Salma bte Hj. Chekram
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan.

"sygana" "kongsi" cerita

Wednesday, May 18, 2011

Peperiksaan Setengah Tahun 2011

Salam muhibbah..
 Peperiksaan sudah bermula.Pelbagai gelagat dapat dilihat.
Ada yang biasa-biasa sahaja,yang risau tak dapat jawab,yang begitu bersedia.( wow..)
Apa pun peperiksaan tetap dilaksanakan kerana ia menguji sejauh mana kefahaman murid-murid tentang apa yang dipelajari.Sebagai guru pula,ianya menguji sejauh mana pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.Adakah berkesan atau perlu diperbaiki lagi pada masa akan datang.
Sebenarnya,seorang guru begitu mengharapkan kejayaan murid-muridnya.Murid yang periksa ,guru pula yang berdebar-debar.Bukan apa,bimbang jika murid tidak dapat menjawab dengan baik atau gagal.
 Tidak kiralah sama ada di sekolah agama,sekolah kebangsaan,sekolah menengah mahu pun di menara gading.Peperiksaan merupakan satu ujian yang sangat penting untuk menguji tahap kefahaman masing-masing.Malas belajar atau pun rajin belajar.Tiap-tiap satunya pasti mendapat imbalan yang setimpal.
 Walaupun demikian, kadang-kadang terdapat murid yang tidak rajin tetapi cemerlang dalam peperiksaan.Itulah kelebihan yang telah dikurniakan oleh Pencipta.Tidak semua orang memilikinya.
Namun demikian,guru perlu mengingatkatkan murid agar sentiasa berusaha,mengulangkaji pelajaran dan belajar bersungguh-sungguh.Guru akan sentiasa mendoakan kejayaan murid-muridnya.

* USAHA TANGGA KEJAYAAN *
"sygana" "kongsi" cerita

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

16 Mei hadir saban tahun untuk menghargai pengorbanan guru yang banyak menabur jasa.Walau dibebani dengan pelbagai tugas serta kerenah murid-murid namun seorang guru begitu tabah dalam mendidik anak murid agar menjadi insan yang berguna bila mereka dewasa kelak.


"sygana" "kongsi" cerita

Friday, May 13, 2011

Pelbagai sambutan sepanjang bulan Mei

Tidak lama lagi sambutan Hari Guru pula menyusul.
Guru-guru begitu teruja untuk menyambutnya,apa tidaknya murid-murid akan membawa hadiah untuk guru tercinta..hehehee
Hadiah hanya sebagai tanda terima kasih murid kepada gurunya.Pada hakikatnya guru tidak meminta balasan daripada murid-murid.Apa yang diharapkan hanyalah kejayaan yang akan diperolehi dan seterusnya menjadi orang yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.
Terima kasih guru.
Tanpamu siapalah diri ini.
Berkat tunjuk ajar yang kau berikan..
Maka akhirnya aku juga berjaya menjadi seorang GURU.


Inilah Sajak Nukilan USMAN AWANG 1979
Sajak ini sentiasa dibacakan saban tahun..

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



"sygana" "kongsi" cerita

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU


Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia.
Hari ibu bukan hanya disambut pada hari ini sahaja malah setiap hari.
Hargailah pengorbanan ibu kita....Tanpa ibu siapalah kita.
"sygana" "kongsi" cerita

Friday, May 6, 2011

Hindari sifat marah

Hindari sifat marah
"sygana" "kongsi" cerita

8 Tips Lahirkan anak soleh

8 Tips Lahirkan anak soleh
"sygana" "kongsi" cerita

Petua Mencuci Hati ~ Dr Fadzilah Kamsah

Sama-samalah kita hayati dan amalkan ye...

 
1) Dirikan Solat & Banyakkan berdo'a. 
2) Selawat KeAtas Nabi Muhammad s.a.w (100 x sbLm tDo). 
3) Solat Taubat.
4) Membaca Al-Quran ~ ( Sekrg2nya Bacalah "Qulhu-Allah" - 3 x ).
5) Berma'af-ma'afan.
6) Positiif Pd Diri ~ ( Jangan Sesekali Kutuk Diri Sendiri ).
7) Program Minda/Cuci Minda ~ ( sbLm tDo,senyum, pejam mata, katakan di  dLm hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif & positif ).8) Berpuasa.
9) Ingat Mati 
10) Kekalkan Wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja Orang Makan.
13) Jaga Makanan.
14) Berkawan Dgn Ulama
15) Berkawan Dgn Orang Miskin ~ ( Menginsafi ).
16) Pesan Pada Orang ~ Jadi Baik
17) Menjaga paNcaindera (mata, telinga, mulut... dsb)~ Jangan Dgr Orang
       Mengumpat.

"sygana" "kongsi" cerita

Tuesday, May 3, 2011

Coretan Hari Ini

Cepatnya masa berlalu.Pejam celik dah bulan Mei...Apa yang istimewa dalam bulan ini ye?
Cuba ingat-ingat...haaaaa!!! cuba lihat senarai peristiwa istimewa yang ada...


1 : 1 Mei : Hari Pekerja
2 : 8 Mei (setiap Ahad minggu ke-2 bulan Mei) : Hari Ibu
3 : 13 Mei : Peristiwa 13 Mei. Adakah anda ingat mengeai peristiwa 13 Mei ini?
4 : 15 Mei : HAri Belia.
5 : 16 Mei : Hari Guru
6 : 28 Mei : Hari Wesak.
Saya hendak fokus pada HARI IBU.Harus diingat bahawa Hari Ibu itu bukanlah hanya disambut pada bulan ini sahaja,malah seharusnya disambut pada setiap hari.Apalah salahnya betul tak?
Ibu kita tidak pernah mempertikaikan pengorbanannya.Walaupun menderita beliau tidak pernah mengeluh.Begitulah mulianya hati yang bernama IBU...


"sygana" "kongsi" cerita

Monday, May 2, 2011

DOA MELIHAT ALLAH..

Memohon Dapat Melihat Tuhan

"Ya Allah, jadikan kami termasuk orang yang melihat mu di dunia dengan mata hatinya dan di akhirat dengan mata kepalanya."

Orang yang beriman selalu berhati bati dalam segala tindakannya kerana ia merasakan ALLAH melihatnya atau merasa dirinya diawasi ALLAH. Kehadiran ALLAH hanya boleh dilihat dan dirasakan oleh mata hati sebab ALLAH bukan benda. ALLAH sentiasa ada dimana kita berada tetapi kita yang tidak merasa bahawa ALLAH itu ada bersama kita. ALLAH melihat kita tetatpi tidak semua manusia itu melihat ALLAH. Manusia itu hendaklah merasakan bahawa ALLAH itu berada dalam dirinya supaya ia berkemampuan untuk melaksanakan segala perintah ALLAH dan juga mencontohi sifat-sifat ALLAH.

ALLAH membimbing manusia yang sentiasa mengingati-Nya. Dan manusia itu hendaklah sentiasa mengingati ALLAH dalam keadaan kegembiraan dan ketenangan. Perbuatan jahat yang dilakukan oleh manusia adalah disebabkan manusia tidak merasakan bahawa ALLAH itu hadir dalam hidupnya. Sekiranya, manusia menyedari bahawa ALLAH itu senantiasa berada dalam dirinya, dia akan selalu melakukan perkara yang baik sahaja. Individu yang selalu mengingati ALLAH, akandapat mengatasi segala kesulitan hidupnya dengan tenang. Meskipun dia berasa sedih tetapi ingatannya hanya pada ALLAH, dan dianggapnya masalah yang dihadapi itu sebgai ujian.
"sygana" "kongsi" cerita

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)