Blogger Layouts

Pages

Followers

Saturday, August 14, 2010

Daripada al-Harith al-Asy'ari bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya perumpamaan bagi orang yang berpuasa itu adalah seperti seorang lelaki yang membawa
satu bekas yang terdapat di dalamnya kesturi,dan ia berada di dalam satu kelompok manusia,maka mereka itu berasa amat hairan dengan wangian tersebut,( begitu juga )sesungguhnya bau orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum daripada kesturi "

"sygana" "kongsi" cerita

Monday, August 9, 2010

Sama-samalah kita hayati..

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.
"sygana" "kongsi" cerita

Malam yang sepi

Dikelewatan malam ini
mata masih segar
otak masih ligat
mencari idea yang tak kunjung tiba..

hati pula berkata-kata
mencari sesuatu yang tak pasti
namun ku harus melalui hari-hari
dengan penuh keyakinan

Ya Allah
berilah aku kekuatan
keimanan yang kuat
agar aku tidak terus hanyut
dengan duniawi....
namun mampukah aku melakukannya
aku hanya manusia biasa
kerdilnya diri ini
disisimu wahai Khalik...

Ramadhan akan menyusul
harapanku agar semua ini
akan dapat ku tempuhi jua

Tiada daya dan upayaku
melainkan dengan pertolonganmu
Ya Allah tuhan yang maha pengasih
lagi maha penyanyang....
"sygana" "kongsi" cerita

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)