Blogger Layouts

Pages

Followers

Thursday, November 11, 2010

ANAK-ANAK HARI INI...SEDARLAH,BERTAUBATLAH....

Mengapa anak-anak zaman ini tidak mengendahkan perasaan ibu bapa hingga sanggup melukakan hati mereka malah tergamak membunuh orang yang telah membesarkan mereka.Bukankah ibu bapa telah menghantar ke sekolah untuk mendalami ilmu-ilmu tentang kehidupan malah ilmu akhirat juga telah dibekalkan.
Tidakkah mereka tahu hukum atau sengaja lupa agar nafsu bermaharajalela di hati mereka.Kejam sungguh.Tunggulah balasannya nanti...
Dalam Al-Quran telah menyatakan bahawa mengungkapkan perkataan "ah" sahaja kepada ibu menyebabkan kita mendapat dosa,apatah lagi menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.
Sedarlah wahai anak-anak bahawa langit tidak selalu cerah.Andai ibu bapa tidak memaafkan adakah kamu pasti bahawa Allah memaafkanmu?
Contoh dan teladan telah banyak diperdengarkan.Balasan yang diterima juga telah diketengahkan.
Jangan hanya kerana hal yang sedikit, kamu sanggup mengenepikan perasaan orang yang telah mengadungkan dan melahirkan kamu tanpa mengeluh walau sedikit pun.....
"sygana" "kongsi" cerita

Saturday, August 14, 2010

Daripada al-Harith al-Asy'ari bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya perumpamaan bagi orang yang berpuasa itu adalah seperti seorang lelaki yang membawa
satu bekas yang terdapat di dalamnya kesturi,dan ia berada di dalam satu kelompok manusia,maka mereka itu berasa amat hairan dengan wangian tersebut,( begitu juga )sesungguhnya bau orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum daripada kesturi "

"sygana" "kongsi" cerita

Monday, August 9, 2010

Sama-samalah kita hayati..

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.
"sygana" "kongsi" cerita

Malam yang sepi

Dikelewatan malam ini
mata masih segar
otak masih ligat
mencari idea yang tak kunjung tiba..

hati pula berkata-kata
mencari sesuatu yang tak pasti
namun ku harus melalui hari-hari
dengan penuh keyakinan

Ya Allah
berilah aku kekuatan
keimanan yang kuat
agar aku tidak terus hanyut
dengan duniawi....
namun mampukah aku melakukannya
aku hanya manusia biasa
kerdilnya diri ini
disisimu wahai Khalik...

Ramadhan akan menyusul
harapanku agar semua ini
akan dapat ku tempuhi jua

Tiada daya dan upayaku
melainkan dengan pertolonganmu
Ya Allah tuhan yang maha pengasih
lagi maha penyanyang....
"sygana" "kongsi" cerita

Thursday, June 3, 2010

Jangan melatah saat musibah

1. Ucap lafaz istirja' dan berdoa dengan doa Ummu Salamah.
2. Bersabar.
3.Bersangka baik dengan Allah.Pasti ada kebaikan atau hikmah disebalik musibah itu.
4. Ketahuilah bahawa setiap musibah pasti ada hikmahnya.
5. Ingatlah bila kita ditimpa musibah maknanya Allah masih mengingati hambanya.
6. Perbanyakkan beribadah,berzikir dan istigfar.
7. Jangan mengeluh.
8. Lihat musibah dengan mata hati.Ia memang pahit tetapi kemanisannya di akhirat kelak.
9. Musibah itu juga merupakan ubat kepada penyakit hati.Tanpa musibah manusia sering lupa diri dan sombong.
10.Ingat Allah pasti memberi ganjaran pahala jika kita sentiasa bersabar menempuh musibah.
"sygana" "kongsi" cerita

Sunday, May 16, 2010

Doa Tilawah


"sygana" "kongsi" cerita

bacalah


"sygana" "kongsi" cerita

Iqra'....bacalah


"sygana" "kongsi" cerita

Thursday, May 13, 2010

POEM FOR TEACHERS


"sygana" "kongsi" cerita

SELAMAT HARI GURU


"sygana" "kongsi" cerita

Saturday, May 8, 2010

SELAMAT HARI IBU


"sygana" "kongsi" cerita

Tuesday, May 4, 2010

CARA ATASI ANAK NAKAL

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.


Pencegahan Awal

Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;




Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.(diambil dari petikan facebook Datuk Harun Din)
"sygana" "kongsi" cerita

Thursday, April 1, 2010

Sirah Rasulullah SAW


"sygana" "kongsi" cerita

Cara bertayyamum


"sygana" "kongsi" cerita

Wednesday, March 31, 2010

Cara-cara berwuduk


"sygana" "kongsi" cerita

Amali solat


"sygana" "kongsi" cerita

Tuesday, March 23, 2010

PENGURUSAN JENAZAH


"sygana" "kongsi" cerita

LIHATLAH AKHIR KEHIDUPAN INI


"sygana" "kongsi" cerita

Thursday, February 25, 2010

BELAJAR MAKHRAJ HURUF

Sebelum kita menyebut dan membaca Al-quran,terlebih dahulu hendaklah kita perhatikan dan menguasai makhraj huruf agar dapat menyebut dengan betul dan tepat.Makhraj huruf ialah tempat keluar huruf-huruf hijaiyah.Alat-alat sebutan atau ucapan ada tujuh belas.Makhraj huruf juga terbahagi kepada lima bahagian.
1.Bahagian rongga mulut dan kerongkong.( الجوف )
2.Bahagian kerongkong.( الحلق )
3.Bahagian lidah. ( السان )
4.Bahagian bibir mulut. ( الشفتان )
5.Bahagian rongga hidung. ( الخييشوم )
surah Al-baqarah : ayat 121
ertinya....orang-orang yang telah kami berikan al-kitab kepadanya,mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya,mereka itu beriman kepadanya dan sesiapa yang ingkar kepadanya maka mereka itulah orang-orang yang rugi....
ء
"sygana" "kongsi" cerita

MAKHRAJ HURUF


"sygana" "kongsi" cerita

Makhraj Huruf


"sygana" "kongsi" cerita

MAKHRAJ HURUF


"sygana" "kongsi" cerita

Wednesday, February 10, 2010

akibat tidak tahu baca


"sygana" "kongsi" cerita

Pergi belajar...


"sygana" "kongsi" cerita

Monday, January 11, 2010

Sajak

Tajuk : Rindu
Ku rindu………….
Hilai tawa mesramu,
Belai kasihmu,
Kata-kata hikmahmu,
Redup matamu tatkala memandangku…..

Kerana rindu……..
Hatiku pilu,
Bagai dihiris sembilu,
Tiada yang dapat menggantikanmu,
Walau bukan kau yang melahirkanku,
Namun ku tahu,
Kau tulus terhadapku….

Kini kau telah tiada,
Doaku agar kau damai di sana……




Nukilan : Rohana bte Beram
720215015070
Unit PM 2
KDPM-KDC-Ambilan Mei 2007
"sygana" "kongsi" cerita

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)