Blogger Layouts

Pages

Followers

Monday, December 28, 2009

Kisah pendita

Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan
dimakbulkan segala doanya oleh Tuhan. Beliau pernah menceritakan suatu
peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya, "Menurut kebiasaanku, aku
keluar menziarahi Mekah tanpa kenderaan dan kafilah. Pada suatu kali, tibatiba
aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan seorang rahib
Nasrani (Pendita Kristian)."
Bila dia melihat aku dia pun berkata, "Wahai rahib Muslim, bolehkah aku
bersahabat denganmu?"
Ibrahim segera menjawab, "Ya, tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu
itu."
Maka berjalanlah Ibrahim bersama dengannya selama tiga hari tanpa
meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan rasa laparnya
kepadaku, katanya, "Tiadalah ingin aku memberitakan kepadamu bahawa
aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan yang
ada padamu."

Mendengar permintaan rahib itu, lantas Ibrahim pun bermohon kepada Allah
dengan berkata, "Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah
engkau memalukan aku di hadapan seteru engkau ini."
Belum pun habis Ibrahim berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari
langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan tamar. Maka
mereka pun makan dan minum bersama dengan seronok sekali.

"Sesudah itu aku pun meneruskan perjalananku. Sesudah tiga hari tiada
makanan dan minuman, maka di kala pagi, aku pun berkata kepada rahib itu,
"Hai rahib Nasrani, berikanlah ke mari sesuatu makanan yang ada kamu.
Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba turun setalam hidangan dari
langit seperti yang diturunkan kepadaku dulu."
Sambung Ibrahim lagi, "Tatkala aku melihat yang demikian, maka aku pun
berkata kepada rahib itu - Demi kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku
makan sehingga engkau memberitahukan (hal ini) kepadaku."

Jawab rahib itu, "Hai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu, maka
jatuhlah telekan makrifah (pengenalan) engkau kepadaku, lalu aku memeluk
agama engkau. Sesungguhnya aku telah membuang-buang masa di dalam
kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan berpegang kepada-
Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah dia memalukan aku. Maka terjadilah
kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan seperti
ucapanmu (kalimah syahadah)."

"Maka sucitalah aku setelah mendengar jawapan rahib itu. Kemudian aku pun
meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Mekah yang mulia. Setelah kami
mengerjakan haji, maka kami tinggal dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu
ketika, rahib itu tiada kelihatan olehku, lalu aku mencarinya di masjidil haram,
tiba-tiba aku mendapati dia sedang bersembahyang di sisi Kaabah."
Setelah selesai rahib itu bersembahyang maka dia pun berkata, "Hai Ibrahim,
sesungguhnya telah hampir perjumpaanku dengan Allah, maka peliharalah
kamu akan persahabatan dan persausaraanku denganmu."
Sebaik sahaja dia berkata begitu, tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya
yang terakhir iaitu pulang ke rahmatullah. Seterusnya Ibrahim menceritakan,
"Maka aku berasa amat dukacita di atas pemergiannya itu. Aku segera
menguruskan hal-hal pemandian, kapan dan pengebumiannya. Apabila
malam aku bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang begitu cantik
sekali tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang indah."
Melihatkan itu, Ibrahim pun terus bertanya, "Bukankah engkau ini sahabat aku
kelmarin, apakah yang telah dilakukan oleh Allah terhadap engkau?"
Dia menjawab, "Aku berjumpa dengan Allah dengan dosa yang banyak, tetapi
dimaafkan dan diampunkan-Nya semua itu kerana aku bersangka baik
(zanku) kepada-Nya dan Dia menjadikan aku seolah-olah bersahabat dengan
engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di akhirat."

Begitulah persahabatan di antara dua orang yang berpengetahuan dan
beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan. Walaupun
salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi berkat keikhlasan dan
kebaktian kepada Allah, maka dia ditarik kepada Islam dan mengalami
ajaran-ajarannya."
"sygana" "kongsi" cerita

No comments:

Featured Post

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

      Mari kita hayati dan amalkan... Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58... Surah tersebut "SALAAMU...

CERITA TERDAHULU

get this widget here

Tinggalkan jejak anda ye..:)